06 Jun 2009

Pakatan Rakyat Perlu Garis Panduan

SHAH ALAM, 4 Jun - Perwakilan dari Pulau Pinang, Suraya Mohd Saad dalam membahaskan ucaptama ketua Dewan Muslimat berkata ahli-ahli bawahan PAS adalah aset terpenting dalam parti. "Tanpa ahli-ahli bawahan ini, sesebuah parti itu tiada kekuatan," tambahnya.


Berdasarkan pengalaman dalam beberapa Pilihanraya Kecil yang telah dilalui, beliau mencadangkan agar pihak pimpinan membincangkan secara serius berkenaan garis panduan yang harus diakur oleh semua pihak terutamanya pendukung Pakatan Rakyat. Contohnya ialah garis panduan dalam memilih dan meletakkan calon semasa pilihanraya.


Beliau menegaskan kepentingan garis panduan itu adalah untuk memastikan kemenangan dapat dikekalkan dan kerjasama tetap kukuh supaya Pakatan Rakyat tidak menjadi seperti BN.


"Sekiranya berlaku penyelewengan dalam satu pihak, maka pihak yang lain tidak hanya mendiamkan diri kerana kononnya mahu menjaga hati pihak tersebut," ujarnya lagi.


Perbahasan ucaptama yang memperuntukkan lima minit bagi setiap negeri itu turut menyelitkan peringatan para perwakilan bahawa hanya keadilan yang telus akan dapat menyatukan rakyat dan memerintah Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan