29 Jun 2009

Calon BN N 41 PRK Manek Urai

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai

Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat diumumkan sebagai calon BN dalam piliharanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Aziz mendapat restu dan sokongan padu pimpinan parti, termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat Umno selain diterima baik ahli akar umbi.


Tuan Aziz, 39, juga merupakan pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.


Muhyiddin membuat pengumuman tersebut , dibuat oleh Muhyiddin dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di Kuala Krai.


"Kita beri peluang semua untuk kemuka pandangan. Susahnya kita di Manek Urai ini (untuk pilih calon), kerana ada ramai tokoh yang layak. "Bagaimanapun, kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi," katanya.

Karnival Makan Durian Pantai Telok Bayu

Majlis Perasmian Karnival Makan Durian


YDP Pas Kawasan Balik Pulau Menyampaikan Ucapan Aluan

Ahli Parlimen Pas Parit Buntar, YB Dr Mujahid Yusof Rawa Menyampaikan Ucapan Perasmian


Ruang urusetia yang bertungkus lumus memastikan karnival berjalan lancar


meja jualan kupon & nombor cabutan bertuah

Isteri YB turut serta menikmati kenikmatan durian Balik Pulau bersama Muslimat Jelutong & Balik Pulau



28 Jun 2009

Karnival Makan Durian Pantai Telok Bayu



Sekitar Karnival Makan Durian


Program dihadiri berbilang kaum tanpa mengira fahaman politik, batasan agama & bangsa











27 Jun 2009

Calon PAS N 41 PRK Manek Urai

Fauzi Abdullah diumumkan sebagai calon yang akan mewakili PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.


Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.


Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Manek Urai sebentar tadi.


Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

24 Jun 2009

Mesyuarat AJK Pas Cawangan ke 2

Mesyuarat Pas Cawangan kali ke 2 telah diadakan malam tadi, 23 Jun 2009 jam 9 malam di Surau Al Masakin, Telok Bahang.

Selain mengadakan mesyuarat AJK, perbincangan khas berkaitan program2 yang dirancang juga menjadi salah satu agenda mesyuarat.

Alhamdulillah bilangan kehadiran AJK juga amat menggalakkan.

Banyak kata putus telah dicapai ahli mesyuarat selain gerak kerja perancangan program khususnya program terdekat telah disusun atur dengan baik.

Semoga apa yang dirancang & diperbincangkan akan berjalan dengan lancar dengan bantuan Allah S.W.T dan komitmen padu AJK.


Dato Paduka Husam Musa & Tuan Haji Mohamad Sabu Terima Jawatan Dalam Pimpinan PAS Pusat sessi 2009 / 2011

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Dua mantan Naib Presiden PAS Pusat Husam Musa dan Mohamad Sabu semalam menerima lantikan untuk menganggotai jawatankuasa pusat PAS setelah dua minggu pengumam saf pimpinan diumumkan.


Keputusan penerimaan tersebut disahkan sendiri oleh meraka sejurus menghadiri mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat malam tadi di ibu pejabatnya Kuala Lumpur.

Sebelum ini, 11 Jun lalu jawatankuasa PAS Pusat bersetuju melantik Husam dan Mohamad sebagai anggota AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.



Saf Kepimpinan PAS P.Pinang 2009-2011

PULAU PINANG, 23 Jun (Hrkh)- Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berharap perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri sesi 2009-2011 semalam dapat menggali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Kemenangan bagi PAS di negeri ini amat penting kerana satu kerusi yang dimenangi oleh bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir tidak mencukupi.

"Kita perlukan kepimpinan yang dapat menggali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Jadi, semuanya harus menyasarkan program ke arah itu di samping turun padang selalu, " kata Ustaz Saleh ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Menurut beliau antara mereka yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, Haji Mohamad Sabu dan seorang tokoh muda, Rosidi Hussain.

Jawatan Setiausaha Perhubungan dikekalkan kepada Fazhil Kemi manakala Ustaz Taqiudin Hamzah diamanahkan sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri diserahkan pada bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak.

AJK Tambahan ialah Mohd Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Bukhari Ghazali, Jamaludin Said dan dua orang muslimat yang belum dilantik.

Pada mesyuarat ke dua nanti katanya, semua lajnah akan diberikan kepada individu yang difikirkan sesuai dan mampu membawa anjakan serta perubahan terhadap PAS selari dengan perkembangan terkini.

Bukan itu sahaja malahan PAS Pulau Pinang juga mahukan persahabatan dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP diperkemaskan dalam gagasan Pakatan Rakyat.

"Kita mahukan kemenangan maka kesatuan tenaga antara Pakatan Rakyat akan diperkemaskan. "Rakyat akan menilai sekiranya kita bergerak bersama bukanya berpecah dan mementingkan diri sendiri, " tegasnya.

19 Jun 2009

Rehlah Bersama Nisa'


Nisa' Balik Pulau bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Balik Pulau akan mengadakan rehlah pada 21 Jun 2009 bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari di Sungai Tukun, Telok Bahang.

Peserta terbuka kepada remaja perempuan berusia antara 13 hingga 20 tahun.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 012-4822420


Jom pakat2 pi rehlah bersama Nisa'.

18 Jun 2009

Karnival Makan Durian


Untuk Tempahan Kupon Dail : 
 Encik Mohd Rodzi Hamid : 0134567928 
En Zul : 0124810074, En Rahman : 0194174277 dan 
En Zailan : 0194777045
Seorang / Individu RM 10.00
Berkeluarga RM30.00
Jom Ramai-ramai pakat pi makan durian sambil berkelah dan beramal.

TEMPAT: PANTAI TELOK BAYU, TELUK KUMBAR, PULAU PINANG.
TARIKH: 28 JUN 2009.
MASA: 9.00 PAGI HINGGA 1.00 TGH.

17 Jun 2009

Program di Tunda


Program Gotong Royong yang dirancang pada 21 Jun 2009 ini ditunda ke tarikh lain berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.


Tarikh 12 Julai 2009 telah ditetapkan untuk program tersebut oleh AJK PAS Cawangan Telok Bahang pada mesyuarat khas malam tadi.


Semua ahli diminta menggerakkan usaha semoga program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya.