14 Oktober 2009

Kalah di Bagan Pinang, 'PAS Akan Post Mortem'


 
KUALA LUMPUR, 14 Okt:PAS akan melakukan post-mortem dengan segera bagi meneliti segala aspek untuk menilai kegagalan dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang.  

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pelbagai komen, analisa dan cadangan yang diterima oleh PAS ketika ini akan diteliti untuk melihat punca kegagalan PAS dalam pilihan raya berkenaan. 

"Apa yang pasti ialah PAS akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek � politik tempatan dan nasional � untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN. 

"Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan," jelasnya dalam satu kenyataan daripada Syria melalui setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri hari ini. 

Tambahnya, semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS diminta supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti. 

"Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka. 

"PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN. Hakikatnya ialah kita menyertai pilihan raya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan," jelasnya lagi. 

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada semua pengundi kerana masih lagi memberikan kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya berkenaan. 

"Walau apapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihan raya kecil ini,"katanya.

ANTARA KOMENTAR RAKYAT BAWAHAN:

1. Disarankan 'think tank' PAS jangan hanya mendengar komen dan analisa di kalnagan pimpinan tetapi juga menilai pandangan rakyat bawahan melalui media seperti Harakah, Harakahdaily, blog dsb. -teropong jauh, shah alam. 

2. Tuan, berikut dikenalpasti beberapa punca PAS kalah di Bagan Pinang: 

i)Calon PAS kurang Popular,banyak yang tidak mengenali beliau.
ii)Kekurangan orang tempatan ke depan salah satu sebab punca kekalahan,orang luar sukar mempengaruhi orang tempatan
iii)Rasuah yang berleluasa
iv)Peras ugut
v)Kurang isu tempatan di ketengahkan
vi)Popularity ISA dikalangan orang tempatan,sebenarnya bukan BN menang tapi ISA ATAU RASUAH yang menang. - said dali. 

3. Pandangan saya:
# Petugas PAS yg berasal dr kawasan Telok Kemang dan Bagan Pinang amat sedikit. perlu tubuhkan lebih banyak cawangan dan latihan gerak kerja berhadapan masyarakat awam.
# Calon PAS kurang dikenali di kalangan rakyat NS.
# PAS silap tanggapan terhadap rakyat di bahagian selatan. PAS menganggap strategi di kawasan utara dan timur boleh digunakan di selatan.
# PAS dan Harakah memainkan isu calon BN.
# PAS tidak mengambil berat pendapat penganalisis politik. Mereka berkata bahawa isu peribasi bukan senjata utama dalm PRK Bagan Pinang.
# PAS gagal mempengaruhi orang Melayu.
# Ugutan BN buat rakyat takut undi PAS.
# PAS terlupa di sebalik isu calon BN, takkan tiada langsung kebaikan atau jasa yang calon BN pernah lakukan.
# PAS sepatutnya memilih calon yg berasal dari Telok Kemang/Bagan Pinang sebagi calon PAS. -an,mohd. 

4. Salam. Elok juga bermuhasabah selepas kekalahan. Ada hikmahnya tewas kerana sekurang - kurangnya semua pihak di dalam parti akan terus berkerja. Mudah - mudahan kita akan sedar dari lamunan. Wassalam. -BUDAK LARKIN. 

5. Pandangan saya kekalahan PAS: 

1. Rakyat masih boleh menerima UMNO.
2. Pakatan Rakyat gagal mematahkan serangan media dari UMNO.
3. Perjuangan mendapatkan keadilan bagi daftar pemilih belum tercapai.
4. DAP jangan mengeluarkan isu sensitif mengenai Agama Islam.
5. PAS mesti bijak dalam melaksanakan perkara yang melibatkan Agama Islam kerana orang Melayu Islam sendiri lemah dalam ilmu.
6. Pemimpin-pemimpin PR belum mendapat keserasian lagi dalam pakatan dan saling serang menyerang di dalam media.
8. Pakatan Rakyat mesti mempunyai satu medium supaya suara rakyat dapat disalurkan terus kepada pimpinan tertinggi PR dan bukannya rakyat bebas menggunakan blogger menghentam pemimpin sendiri.Akibatnya isu yang kecil menjadi barah kepada penyokong sendiri dan menjauhkan rakyat mendekati PR. - meriam buluh. 

6. Salam,Sedikit komen membina untuk parti PAS:

1. Untuk next election (no matter which DUN/Parlimen) jgn mulakan provokasi terhadap parti lawan, tangani setiap provokasi pihak lawan dgn bijak dan berilmiah. 

2. Seperti komen an.mohd, guna pakai strategi yang berlainan di setiap kawasan/negeri kubu kuat jentera pihak lawan (sekadar peringatan semula) 

3. Hormati pihak lawan, lebih guna perang psikologi berbanding perang botol dan parang. Jentera pilihanraya di nasihatkan supaya lebih peka dengan isu provokasi pihak lawan tetapi bukan atasinya dengan provokasi semula atau peperangan. Tunjukkan sifat yang murni dan baik untuk pihak lawan berasa hormat sehingga pihak lawan berasa segan dan malu untuk terus berprovokasi. Seperti yang diamalkan oleh Rasullulah dalam berdakwah (Why not kita contohi baginda?) 

4. Sememangnye pihak lawan sanggup buat apa sahaja untuk menang (fitnah & janji palsu) tetapi JANGAN SEKALI KALI SAMPAIKAN PADA MANA-MANA PENGUNDI TENTANG KEBURUKAN PIHAK LAWAN. Ape yang perlu disampaikan ialah cuma menyatakan harapan sokongan dari mereka dan akan melakukan yang terbaik samada dari segi pembangunan dan ekonomi kawasan terbabit. Pengundi kini semakin bijak. Pihak lawan fitnah kita atau berkata buruk tentang kita tetapi kita bersikap sebaliknya, Pengundi akan menilai siapa yang buruk sebenarnya (what comes around goes around). Berpolitik lah dengan jujur. 

Apa yang baik sama-sama kita amalkan semoga mendapat keredhaaNya. - Gold Digger-KL. 

7. Saudara,Antara punca kekalahan PAS di bagan Pinang adalah:- 

1. PAS tidak membuat groundwork menyantuni hati rakyat disana.Program program kebajikan perlu dipergiatkan disana.Kekutan Hamas dan HIsbollah adalah disebabkan aktiviti aktiviti begitu. 

2. Tiada teamwork.PAS dilihat bekerja sendirian dan kurang penglibatan dari komponen PR yg lain.Pasal apa? Adakah sebab ego? 

3. Gagal menyampaikan mesej kepada rakyat.Malahan isu isu penting saprti kematian Teoh Beng Hock dan isu memijak kepala lembu oleh UMNO di Shah Alam pun tidak menarik perhatian rakyat tempatan.Perlu bua tkajian utk memahami stail pemikiran rakyat sana.Wallahualam. - rozlan abdullah. 

8. As'kum,Saya saadin, asal kg Salor, Kota Bharu dan menetap di Kuala Lumpur. 

Saya ingin melahirkan kekecewaan terhadap kekalahan untuk memenangi DUN Bagan Pinang. Kata orang takdir itu ditentukan oleh Allah SAW, namun begitu, setiap kejadian tentu ada sebab musababnya. 

Terlintas di fikiran untuk berkongsi bersama dalam menterjemahkan situasi yang berlaku di Bagan Pinang. Dari pengamatan yang sayup sayup, Pemilihan DUN Bagan Pinang diibaratkan seperti pertempuran antara kuasa Negeri dan Pusat. Jarak antara Bagan Pinang dengan Putrajaya dekat sekali berbandingkan dengan Kelantan, yang mana kuasa PAS yang terdapat di Kelantan. Faktor kesedaran dalam pemikiran terhadap pengundi di Bagan Pinang telah awal awal lagi dipengaruhi oleh agen Barisan Nasional. 

BN tak sepatutnya menang. Ungkapan ini telah terlintas difikiran saya selepas percalonan TS ISA di pilih untuk mengekalkan DUN Bagan Pinang. Faktor tersebut makin bertambah yakin selepas mantan PM Tun Dr Mahathir, tidak menyukai terhadap percalonan tersebut. Bagi saya, secara jujur berpendapat bahawa, setiap Ahli DUN atau Parlimen yang telah melakukan kesalahan seperti korupsi, sex, jenayah, pecah amanah dan lompat parti, TIDAK perlu memberi pengampunan jika disabitkan kesalahannya dan di jatuhkan hukuman. 

Persepsi rakyat terhadap apa yang berlaku akan sedikit sebanyak mempengaruhi kepimpinan beliau kelak. Justeru itu, tiada pengampunan terhadap beliau, meski pun dalam ugama kita, ianya masih diberi peluang terhadap kesalahan yang dilakukan untuk bertaubat. 

Punca kemenangan BN, antara yang saya fikirkan adalah: 

1) Pengaruh MEDIA terhadap BN, yang sekali gus ianya berjaya menambat hati pengundi
2) Pengaruh TS ISA terhadap rakyat yang mengenalinya dari segi mengambil tahu permasalahan penduduk Bagan Pinang.
3) 35% pengundi pos, yang mana pada awal awal lagi ianya menjadi strategi BN untuk mendapatkan bonus kemenangan BN
4) Pengaruh turun padang yang dilakukan oleh BN dikalangan MT dan Menteri/Timbalan, sekali gus berjaya menambat hati pengundi.

Apabila rakyat dipengaruhi, segala apa boleh berlaku. Itulah yang terjadi di Bagan Piang. Soal betul atau fitnah tidak menjadi soal, asalkan ianya berjaya menambat hati pengundi. - saadin. 

9. Salam,
1] Syabas dan taniah kepada semua pengundi2 dan penyokong Pas kerana kekalahan itu sebenarnya adalah kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
2] Punca kekalahan Pas sebenarnya adalah bukan kerana faktor calon itu yang tidak dikenali, yang tidak bersih tapi bersih dari segi rasuah dan juga berpendidikkan.Ia nya berpunca daripada kejahilan penggundi2 itu sendiri yang tidak kenal mana kaca mana permata.
3] Punggundi yang menggundi Isa Samad telah jauh daripada rahmat Allah s.w.t. 

Kesimpulannya, kekalahan Pas sebenarnya adalah kejahilan agama penggundi2 BN itu sendiri.Semoga Allah memberi segala taufik dan hidayah kepada penyokong2 BN semuanya. - Pas for All,ahmad syukri. 

10. Assalamualaikum, sebenarnya sebelum pilihan raya bermula, saya sudah beranggap bahawa PAS akan kalah. Bukan saya mahu PAS kalah, tetapi dgn isu yang pihak PAS mainkan tak ubah seperti isu yang UMNO/BN mainkan di semua pilihan raya kecil sebelum bagan pinang. Saya membaca response dari pembaca dan saya bersetuju dengan pendapat Gold Digger-kl. bagi saya PAS kali ini: 

- Menyerang Peribadi seseorang.
- Kurang mempromosi calon PAS di ONLINE sampai ramai yg tertanya-tanya siapa calon PAS tuh.
- PAS sepatutnya bersatu padu. Biarlah segala apa keputusan adalah sebulat suara dari semua negeri, Bukannya PAS kedah dgn kedahnya, kelantan dgn kelantannya, selangor dengan selangornya.
- Mungkin PAS dapat ketengahkan calon yang akedamik dan agama nya kuat. Orangnya perlulah fresh bukannya dari bekas mana-mana parti politik seperti di parlimen pasir mas.

sebenarnya banyak lagi yang saya fikirkan. tetapi saya rasa cukuplah setakat ini sahaja. mungkin lain kali saya akan meluahkannya lagi.sekian terima kasih. - m arif._


1 ulasan:

  1. HIDUP RAKYAT...TAKBIR!!

    http://ohpolitik.blogspot.com

    BalasPadam