15 November 2009

Beras oh! Beras

Subsidi Beras...Umno Kembali Memperbodohkan Rakyat.. 


Selama ini rakyat miskin di negara ini pastinya merasa sedikit lega kerana pengumuman Skim Baucar Subsidi Beras (SUBUR) seperti yang diumumkan oleh Kerajaan 1Malaysia. Maka bermacam-macam pujian bahawa ini bukti kerajaan mengutamakan dan mendahulukan rakyat. 


Tetapi semua itu rupa-rupanya hanya retorik dan satu lagi agenda memperbodohkan rakyat. Tembelang itu pecah apabila wakil Rakyat Pas Titiwangsa Dr. Lo'Lo Ghazali mempertikaikan keperluan mendapatkan tanda tangan Ketua Bahagian Umno dalam borang SUBUR. 

Pendedahan ini menyebabkan berlaku perang mulut di antara Datuk Noh Omar Kementerian yang bertanggungjawab program Subur dengan wakil dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini. 

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) turut mempertikaikan syarat berkenaan dengan bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping, permohonan baucer Subur hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja. 


Apakah Umno sudah terlalu gila kuasa atau takut hilang kuasa dan sokongan rakyat sehingga terpaksa menggunakan kaedah jijik dan kotor ini untuk memaksa rakyat menyokong mereka? Apakah Umno tidak tahu untuk membezakan diantara duit kerajaan daripada pembayar cukai dengan duit Umno. 

Nampaknya Umno tidak lagi serik dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka terhadap rakyat miskin selama ini yang menyebabkan rakyat menolak mereka lantas kecundang dengan teruknya dalam PRU ke-12.Lakukanlah apa yang kamu suka...rakyat sentiasa melihat dan terus melihat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan