15 November 2009

Semoga Allah Lindungi Tok Guru


Mulut Dipenuhi Darah...TG Nik Aziz 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah. 

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur

Pesanan Mufti Perak : Jangan Buruk Sangka


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihati orang ramai agar tidak bersangka buruk terhadap niat pihak tertentu yang menaja TG Nik Aziz dan keluarganya menunaikan haji ke Makah.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa hukum menunaikan haji dengan menggunakan pembelanjaan yang ditaja adalah "Sah".katanya.

Tetapi saya tidak tahu pulak niat yang menaja beliau.Apakah ada agenda tersembunyi atau sebaliknya kerana Nik Aziz adalah MB di Kelantan.Walau bagaimana pun kita tidak baik dan tidak boleh sama sekali bersangka buruk terhadap niat baik pihak tertentu untuk menaja perkara mulia seperti ini.


Beras oh! Beras

Subsidi Beras...Umno Kembali Memperbodohkan Rakyat.. 


Selama ini rakyat miskin di negara ini pastinya merasa sedikit lega kerana pengumuman Skim Baucar Subsidi Beras (SUBUR) seperti yang diumumkan oleh Kerajaan 1Malaysia. Maka bermacam-macam pujian bahawa ini bukti kerajaan mengutamakan dan mendahulukan rakyat. 


Tetapi semua itu rupa-rupanya hanya retorik dan satu lagi agenda memperbodohkan rakyat. Tembelang itu pecah apabila wakil Rakyat Pas Titiwangsa Dr. Lo'Lo Ghazali mempertikaikan keperluan mendapatkan tanda tangan Ketua Bahagian Umno dalam borang SUBUR. 

Pendedahan ini menyebabkan berlaku perang mulut di antara Datuk Noh Omar Kementerian yang bertanggungjawab program Subur dengan wakil dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini. 

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) turut mempertikaikan syarat berkenaan dengan bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping, permohonan baucer Subur hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja. 


Apakah Umno sudah terlalu gila kuasa atau takut hilang kuasa dan sokongan rakyat sehingga terpaksa menggunakan kaedah jijik dan kotor ini untuk memaksa rakyat menyokong mereka? Apakah Umno tidak tahu untuk membezakan diantara duit kerajaan daripada pembayar cukai dengan duit Umno. 

Nampaknya Umno tidak lagi serik dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka terhadap rakyat miskin selama ini yang menyebabkan rakyat menolak mereka lantas kecundang dengan teruknya dalam PRU ke-12.Lakukanlah apa yang kamu suka...rakyat sentiasa melihat dan terus melihat..

Meniti Nasib Melayu Di Pulau Pinang

BALIK PULAU, 12 Nov:
Pantun dua kerat berbunyi ' Bayan Lepas Balik Pulau, Sana Terlepas Sini Terpelau' bukan sahaja kata-kata sinis bahkan kini telah menjadi realiti setelah Umno terutamanya yang menunjangi Kerajaan Barisan Nasional (BN) sewaktu dulu tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan kedudukan orang melayu walaupun telah memerintah melebihi 50 tahun.

Kini, Parlimen Balik Pulau bukan lagi kawasan selamat untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melayu 'berdondang sayang' macam dulu tidak membuat pembaharuan atau menjaga kepentingan bangsa.

Sebaliknya, mereka lebih senang membuang masa tanpa memikirkan perancangan yang lebih manafaat demi menyelamatkan maruah bangsa yang telah tercalar ekoran ketidak tahuan pemimpin sendiri.

Mereka seolah tiada kerangka untuk membantu kerajaan serta meningkatkan tahap sosio ekonomi orang melayu yang rata-rata ada yang menumpang hidup di atas tanah kaum lain atau terpaksa bekorban tinggalkan kampung halaman mencari tapak baru di sebelah Seberang Perai atau sempadan Negeri Kedah seperti Kulim, Mahang, Kuala Ketil dan sebagainya.

Fenomena kediaman dan saki baki kampung Melayu dirobohkan menjadi biasa bagi orang Bayan Lepas, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung To Kong dan sekitar Georgetown. Sekarang ia mula menular pula ke Balik Pulau yakni kawasan terdapatnya masyarakat melayu teramai.

Kebanyakan perumahan di bina jauh lebih tinggi kosnya dari dulu. Sekaligus mengundang masalah baru bagi penduduk melayu yang kebanyakanya bergantung hidup pada hasil laut, pertanian selain ada yang bekerja sendiri.

Tuduhan melulu bekas Timbalan Ketua Menteri merangkap bekas Ahli Parlimen Balik Pulau dan kini turun jawatan menjadi Adun Teluk Bahang, Datuk Dr Helmi Yahya kononya Kerajaan Pakatan Rakyat sengaja membangunkan perumahan kos tinggi di Balik Pulau bermatlamat menghalau orang melayu secara senyap.

Sedangkan, semua tahu siapakah pemerintah sebelum ini bukankah Umno dan BN?. Kerajaan Pakatan Rakyat baru setahun jagung diberikan amanah menerajui negeri yang terkenal dengan 'Mutiara Timur' itu.

Semasa Kerajaan BN banyak projek dimonopoli oleh sebilangan besar kepimpinan Umno. Mereka menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi tembolok atau kroni mereka tanpa memperdulikan nasib rakyat yang kadangkala kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sepatutnya, bila jatuh dan menjadi pembangkang Umno dan BN kena bermahasabah melihat apakah kesalahan yang mereka telah lakukan sehingga rakyat menolak parti itu bukan lagi mendabik dada seakan masih berkuasa.

Kenyataanya ketika merasmikan taman permainan kanak-kanak di Kuala Sungai Burung baru-baru ini jelas mengambarkan kebodohan beliau sendiri sedangkan semasa berkuasa merekalah pemusnah impian rakyat untuk melihat pembangunan menyebelahi penduduk tempatan.

Mengulas tuduhan tersebut, Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff (Gambar kiri) berkata, PAS melihat isu ini sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan kemarahan rakyat pada kerajaan sekarang.

Namun, rakyat kini sudah celik pemikiran dan tahu menilai siapa sebenarnya petualang dan golongan yang mahu mendidik masyarakat ke arah kebaikan.

Apa yang diperkatakan oleh Datuk Dr Helmi tidak ubah seperti 'meludah kelangit terkena hibung sendiri'.

"Dia kata tak fikir dulu siapa yang membenarkan projek mewah berjalan di sini jika bukan BN, " tegasnya.

Menurutnya lagi, banyak projek mewah dibangunkan di Balik Pulau antaranya, Dellmax di lot 390 Lebuh Sungai Burung 3 pembinaan 10 unit rumah banglo dua tingkat, dengan harga RM900 rbu - RM920 ribu sebuah, sembilan unit rumah sesebuah di Jalan Tun Sardon, Simphony Swiss, projek berdekatan Titi Teras, Jalan Air Putih dan banyak lagi.

Sepatutnya, perumahan yang menjadi masalah utama diberikan perhatian bukan membiarkan pemaju melaksana projek mewah di luar kemampuan penduduk melayu.

"Sejak dulu lagi PAS telah membangkitkan isu ini dan membawanya dalam setiap konvensyen tanah di Pulau Pinang. Waktu itu banyak projek besar di Bayan Baru tapi kini ia menular ke Balik Pulau pula, " ujar beliau.

Jesteru itu, PAS Balik Pulau akan berperanan mempertahan masyarakat tempatan dengan menyuarakan hak mereka agar bahang yang berlaku disejukkan menerusi Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"PAS Balik Pulau akan bangkit kali ini sebagai penyelamat setelah Umno yang diberikan mandat gagal untuk bertindak membaiki kelemahan yang mereka lakukan sendiri. 

Maka, sebagai rakyat yang berpendapatan rendah mereka harus mengubah angin membantu PAS bersuara pada pilihanraya umum ke 13 nanti supaya suara PAS berkumandang mengantikan suara Umno yang telah tengelam akibat keangkuhan parti itu sejak dulu," terangnya.

Tiada Lafaz 'cerai talak tiga' Dalam Bai'ah PAS


 
KUALA LUMPUR, 13 Nov - PAS hari ini mendedahkan bai'ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu.

Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.


Menurutnya, kesemua negeri menggunakan lafaz bai'ah rasmi tersebut kecuali sedikit berbeza bagi wakil rakyat mereka di Selangor.


"Presiden kata benda ini (bai'ah talak tiga) tidak berlaku dan dia minta saya siasat semua negeri."
 
 
"Semua negeri mengikut rasmi, ikut pusat kecuali Selangor, ada kelainan sedikit." jelasnya.

 
Dalam sidang media di pejabat Agung PAS pagi tadi, beliau turut mendedahkan beberapa skrip baia'ah rasmi PAS yang diguna Abdul Hadi, beliau sendiri dan Mohammad Sabu.

 
Kesemuanya adalah sama dan tiada langsung berkait 'cerai talak tiga' kecuali yang ada hanya lafaz laknat jika mengkhianati parti.

 
"WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi. Bahawa saya, Hj. Mustafa bin Ali yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding dalam pilihanraya umu kali ke-12 dalam kawasan DUN N17 Alor Limbat bersumpah dengan nama Allah sama ada saya menang atau kalah di dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, iaitu Islam.


"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan para pelaknat," lafaz baiahnya dibaca di hadapan wartawan.


Jelasnya, bai'ah yang dilakukan PAS sekadar mekanisme biasa bagi mengikat wakil rakyat parti demi memastikan para mereka tidak mengkhianati amanah parti.


"Oleh kerana PAS memperjuangkan Islam, maka menggunakan bai'ah...sama seperti BN sendiri, wakil rakyat yang menang diminta tandatangan satu surat tanpa tarikh yang ditujukan kepada Speaker (Dun dan Parlimen) memaklumkan bahawa dia meletak jawatan. Jadi, Surat itu digunakan bila wakil rakyat lompat parti."


Tambahnya lagi, bai'ah PAS Selangor beberbeza dengan negeri-negeri lain mungkin disebabkan bimbang para wakil rakyatnya dibeli BN kelak.


"Ada kebimbangan akan ada wakil rakyat lompat parti sebab yang beli biasa parti pemerintah (Umno dan BN)."


Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa pemimpin PAS yang menggunakan media untuk mengulas isu 'bai'ah talak tiga', telah pun diberi nasihat agar tidak mengeruhkan keadaan lagi.


Beliau juga menasihatkan pihak media agar tidak memanjangkan isu tersebut, setelah mendengar penjelasannya hari ini.

11 November 2009

Salam Takziah Buat Keluarga Dato' Kamaruddin Jaffar


KUALA LUMPUR, 11 Nov - Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Datuk Kamarudin Jaffar di atas pemergian isteri beliau, Datin Kamariah Kamarudin awal pagi tadi. Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

 
Pemergian beliau ini bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga Allahyarhamah tetapi juga merupakan satu kehilangan kepada Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat.


Dari makluman, Datuk Kamarudin ketika ini masih dalam perjalanan pulang dari Qatar selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.


Difahamkan, Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.


"Semoga keluarga allahyarhamah diilham kesabaran tinggi dan tabah menerima takdir Allah," ujar Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin ketika dimaklumkan berita tersebut.


Ustaz Ghani mewakili seluruh staf Bilik ICT mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. - Al-Fatihah! 

Resolusi Seminar Memperkasakan PAS



   

Seminar Politik Memperkasakan Parti menyedari dan memahami bahawa:


PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah mengurus pemerintahan empat buah negeri dalam penggal parlimen ke-12 ini. Baik-buruk, kejayaan-kegagalan negeri-negeri Pakatan ini telah mula mendapat perhatian umum. Pengiktirafan kejayaan telah pun diktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008.


PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelut-kemelut yang merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap kredibiliti dan kesepaduan Muafakat Politik ini. Benar media BN jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi bahawa punca-sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak lain sebab kita juga bertanggungjawab.


PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus memperbaikki "Persepsi" rakyat dan pengundi bahawa Muafakat Politik Pakatan adalah mantap dan matang, bersedia memikul tugasan menjadi Pemerintahan di peringkat Persekutuan bagi membawa Negara ini ke garis prestasi yang lebih berdayasaing, makmur dan sejahtera. Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah dalam saff yang menjadi asset dan anasir kekuatan utama dalam jamaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan mutakhir ini.


Seminar Politik Memperkasa Parti dengan ini merakamkan bahawa:


1. Peri-pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan parti yang bijak, kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan dalam parti dalam semangat musyawwarah memlalui mekanisme parti secara berkesan.


2. Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama pimpinan sebagai 'ta alluf al-quluub' yakni mempertautkan ahli-ahli dalam saff yang kukuh.


3. PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang memerintah kerajaan negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai kerajaan negeri-negeri Pakatan yang lain supaya senantiasa memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh dipersepsi sebagai menjejaskan dan memudharatkan keutuhan kerajaan negeri.


4. PAS wajar segera mempertegaskan kepada semua peringkat keahlian dari kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa telah dikunci (dengan ketat) segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda "Kerajaan Perpaduan".


Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi parti untuk:


1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan Pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta semangat setiakawan yang tinggi.


2. Kepimpinan Kawasan yang memilikki penduduk-pengundi bukan-Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.


3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan dan cawangan di seluruh negara.


4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.


5. Membuat satu "Pelan Tindakan" bagi menghadapi PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.


Resolusi Seminar Politik Memperkasakan Parti
7 November 2009, 19 Zulkaedah 1430H.

05 November 2009

Jom P Ceramah


 
 

Ceramah : Gelombang Fitnah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Tarikh : 05hb November 2009

Masa : 8:00 - 12:00 malam

Tempat : Kompleks Masyarakat Penyayang, P.Pinang.

Semua dijemput hadir...
SEBARKAN.....


NIZAR VS ZAMBRY : SIAPA MB YANG SAH?

 
Hari ini Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk memutuskan siapa Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak.

Sejak rompakan kuasa di lakukan oleh BN yang diketuai Perdana Menteri beberapa bulan lalu kemelut politik Perak menjadi tidak tentu hala dan caca marba.

Segalanya bukan lagi satu tetapi semuanya 2. 2MB, 2 exco, 2 Speaker dan sebagainya. Semuanya gara-gara BN tamakkan kuasa.

Esok mahkamah akan menentukan siapa MB yang sah. Saya sendiri tidak menaruh harapan yang besar kepada keputusan mahkamah esok. Semua orang kampung sudah tahu keadaan dan situasi serta ketelusan sistem kehakiman di Malaysia.
Yang ini saya tidak mahu mengulas, tuan-puan boleh fikir sendiri.

Namun bagi saya apa pun keputusan esok ianya tidak akan dapat menghapuskan 'dosa' rompakan kuasa tersebut. Rakyat Perak tidak akan memaafkan kepala perompak dan 3 orang penyangak yang menyebabkan politik Perak menjadi berkecamuk seperti sekarang.

Saya yakin hanya satu jalan terbaik untuk selesaikan isu ini iaitu bubarkan DUN serta merta.

Sebab itu sesiapa pun yang akan dinamakan sebagai Menteri Besar yang sah esok, saya sarankan mengadap Sultan serta merta dan pohon perkenan supaya DUN Perak dibubarkan.

Dengan cara itu Insya Allah kemelut ini akan berakhir!!!!

JAIS Tidak Profesional ; Bekas Mufti di Tangkap!


Bekas Mufti dihadapkan ke mahkamah hari ini!
Azamin Amin [HARAKAH]Mon | Nov 02, 09 | 2:43:32 am  Kemaskini 3.00 pagi:
|KUALA LUMPUR,2 Nov: Selepas negara dikejutkan dengan penahanan bekas KSU Mosti atas tuduhan rasuah, kini giliran bekas Mufti pula di hadapkan ke mahkamah hari ini.Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini jam 9 pagi ini atas dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Dr Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.
Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu."Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung," katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.
Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman 'Wahabi' yang dianggap menyimpang, sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.
Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya."Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu... nak beri tauliah pada orang?"Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?"Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu," katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.
Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.Dr Asri juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua wakil rakyat PAS dan KeADILan itu, yang mempertahankan dan membela beliau ketika penahanannya tengah malam tadi."Ini tidak bermakna saya sertai politik.
Mereka telah membantu saya...terima kasih."Terima kasih kepada yang menyokong dan pihak media yang membuat liputan," katanya dan sekaligus bersalaman dengan hadirin semua.Suasana menjadi agak emosi seketika,apabila ada antaranya berpelukan dengan Dr Asri dan menangisi insiden yang tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang tokoh agama.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dilaporkan berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.