16 Jun 2009


KUALA LUMPUR, 15 Jun: Baru mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah diarahkan keluar dari dewan itu apabila dipersalahkan oleh Speaker kerana meneriakkan "Hidup rakyat, Bubar Dun" sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah.

Ekoran teriakkan itu, beberapa anggota dewan membuat teriakan yang sama dan mula memakai lilitan kepala bertulis "Bubar Dun".

Ini menyebabkan, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka membuangnya. Selepas mereka enggan, Speaker mengarahkan mereka keluar.

Nizar juga diarahkan keluar kerana dianggap sebagai punca kekecohan dalam dewan pagi tadi.

Mereka yang diarahkan keluar adalah Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan