SHAH ALAM, 6 Jun - Perwakilan Pas Pulau pinang yang diwakili Ustaz Taqiyudin Hamzah yang lantang berbicara dalam ucapan beliau melontarkan teguran dan nasihat kepada semua wakil-wakil media yang beragama Islam supaya menjaga adab mereka ketika membuat liputan dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh PAS.
Beliau dalam ucapnnya tadi menegur agar wakil media yang hadir agar menjaga adab mereka dari segi pakaian terutama sekali tudung kepala dan pakaian yang tidak menjolok mata agar tidak mengganggu penglihatan muktamirin sewaktu majlis berlangsung.
"Pakaian yang ketat dan jarang sepatutnya tidak dijadikan pakaian wanita muslimah,
"Justeru Islam meletakkan keistimewaan muslimah supaya menutup aurat agar mereka dapat menghindari fitnah yang bakal berlaku," ujarnya.
Selain teguran dari segi etika berpakaian wakil beliau turut menegur wakil media agar membuat liputan berita secara telus dan beramanah bukan sekadar memanipulasi ucapan dan menyebarkan berita yang salah terhadap PAS.
"Sekalipun wakil-wakil media bekerja di dalam institusi media dalam mencari rezeki, sikap tulus dan amanah ini juga sangat penting menjadi akhlak setiap muslim kerana sifat ini adalah di antara sifat dan akhlak nabi Muhammad s.a.w," tambah beliau lagi.
Selain itu akhlak yang mulia menurut beliau, merupakan pembuka kepada rezeki yang berkat dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Beliau juga meminta pimpinan Pas Pusat membuat taqwim yang tersusun untuk lawatan ke Negeri2 agar tersusun dan tidak melangkaui Badan Perhubungan Negeri. Ini kerana katanya ada Kawasan2 yang kuat kabelnya menggunakan pimpinan untuk terus ke Kawasan2 tanpa makluman kepada Badan Perhubungan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan