07 Mac 2010

Wanita Tetap Diutamakan Pakatan Rakyat



PULAU PINANG: Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) majlis itu berkuat kuasa 1 Mac ini.


Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan YDP majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.


"Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai YDP MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan," katanya kepada pemberita di sini.


Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan. Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.


Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada tahun 1985.-


Wanita diangkat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebagai YDP MPPP.Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang tak pernah lakukan.....

Sambutan 2 Tahun Pakatan Rakyat Pulau Pinang




2 tahun kerajaan PR perintah Pulau Pinang.
Banyak perubahan dalam ekonomi,politik dan sosial di Pulau Pinang.
Anda perlu hadir apakah perubahan tersebut yang telah di capai oleh PR.

Puisi Buatmu..... Tok Guru


Tuntutan Suatu Perjalanan

Di mana pun kau berpijak
Ke mana pun hala tuju
Kau terikat pada satu janji
Pada khaliq penciptamu

Kau sampaikan seruan Illahi
Kebenaran mengiringi
Kau terdorong oleh amanah diri
Kau penyambung pewaris Nabi

Tuntutlah walau ke hujung dunia
Tuntutlah walau ke akhir nyawa
Ikrar mu hanya pada yang Esa
Selagi kau bernama manusia
Berpegang lah pada tali janji mu

Kepada ku ya Allah berilah hidayah
Kurniakan lah petunjuk rahmat Mu
Kau ciptakan kami dengan kemuliaan
Segalanya kami serahkan
Hanya lah pada kau yang SATU

Kau teruskan perjalanan
Mengharungi onak duri
Penuh tabah serta keyakinan diri
Walau rebah jasad ke bumi.....

YB Permatang Pasir Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan


Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada bulan April ini.Jika anda ada soalan-soalan untuk dikemukakan cadangan cadangan,masalah masalah berbangkit serta sesuatu isu untuk dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sila bangkitkan.
Sila email kepada pemudabbendera@hotmail.com atau tel Saiful 013 4401089 s/u khas kepada YB.Salleh Man Adun Permatang Pasir atau temui YB sendiri.

20 Januari 2010


Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau menjemput seluruh tuan/puan untuk hadir ke program

" Bersama Pak Bakar Pakar Tuning Engine".

Jangan biarkan kereta anda dalam keadaan kritikal, datanglah keprogram tuning ini untuk merawat .

Turut disediakan pertunjukkan drift. Datanglah beramai-ramai

Pertandingan Mari Mengeja



Syarat Pertandingan:
1) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 9 sehingga 17 tahun.
2) Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum 29 Januari 2010.
3) Peserta akan diletak dibawah kategori seperti berikut
- Kategori1: 9-11 tahun
- Kategori2: 12-14 tahun
- Kategori3: 15-17 tahun
4) Peserta akan diminta mengeja dalam 3 ejaan iaitu Bahasa Melayu Rumi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Jawi.
5) Pertandingan akan diadakan dalam 3 peringkat dan saringan akan dilakukan mengikut pungutan mata.
6) Penyertaan adalah terhad kepada 20 peserta untuk setiap kategori.
7) Keputusan pengadil adalah muktamad.
Siiru a’la barakatillahDewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru

Peruntukan Tambahan Hal Ehwal Agama Islam




GEORGETOWN, 15 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta.


Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM 12.5 juta sahaja. “Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam iaitu meliputi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.2 juta, peruntukan mengurus RM13.4 juta dan sebagainya RM3.7 juta, ” tegasnya pada Majlis Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri, di sini, pagi ini.


Pada majlis itu, lapan orang wakil PAS Negeri dilantik menggangotai majlis itu yang diletakan di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim.


Mereka yang menerima watikah perlantikan daripada Guan Eng ialah dua orang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Taqiudin Hamzah dan Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man, bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Mazani Abdullah, Ketua dan Setiausaha Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Ustaz Suhaimi Abdullah, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri dan kawasan Bayan Baru , Ustazah Rahmah Md Isa dan Puan Asnah Hashim.


Turut dilantik ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Hashim Haji Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Elias Zakaria, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, Dato’ Haji Mustaffa Kasim, Fellow Kanan Akademi Kolej Univesiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof Madya Univesiti Tun Husein Onn, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Pakar Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Haji Rhafoor Haji Mahmood, Profesor USM, Prof Kamarulazizi Ibrahim.


Majlis tersebut turut dihadiri olehe Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hassan Haji Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein


05 Januari 2010

Pejabat Harakah Pulau Pinang di Tutup


Amat malang apabila pejabat harakah Pulau Pinang di Seberang Jaya terpaksa ditutup operasinya pada 3 januari 2010 yang lalu pada jam 12 malam. Kunci terpaksa diserahkan kepada pemilik premis.


Dan amat malang apabila mesyuaray penerangan negeri yang sedang berlansung disitu terpaksa dihentikan untuk memulakan aktiviti mengemas premis.


Amat sayang sekali pejabat harakah kukuh berdiri gagah dizaman pemerintahan BN tetapi terpaksa tersungkur dizaman pemerintahan PR.


Kemanakah hala tuju pejabat baru harakah selepas ini!




04 Januari 2010

AJK PAS Cawangan Telok Bahang Bersama YB Dato' Paduka Husam Musa


AJK PAS CAWANGAN TELOK BAHANG, SAUDARA MOHD ISA YANG JUGA SETIAUSAHA JKKK TELOK BAHANG KETIKA MERAIKAN KEDATANGAN YB KE TELOK BAHANG YANG BARU LALU. TURUT BERSAMA, SAUDARA ZULKIFLI MAT LAZIM

01 Januari 2010

Tahun Baru 2010


PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM: 

BILA SAMPAI 31 DISEMBER BERAPA RAMAIKAH YANG MENYAMBUT DAN MERAIKAN TAHUN BARU.? 

TETAPI SEDARKAH MEREKA BAHAWA TELAH DIFATWAKAN OLEH:-

SHEIKH AL-AZHAR,SHEIKH TANTAWI,SHEIKH YUSUF AL QARDAWI DAN ULAMA2 KONTEMPORARY 

:-BAHAWA MENYAMBUT TAHUN BARU BERERTI MENYAMBUT KELAHIRAN ULANGTAHUN HARI JADI TUHAN KRISTIAN&YAHUDI.

BAGI MEREKA YANG TIDAK TAHU HUKUMNYA FASIQ(DOSA BESAR)

TETAPI BAGI MEREKA YANG TAHU HUKUMNYA MURTAD. 

FIKIR2LAH SENDIRI...