29 Jun 2009

Calon BN N 41 PRK Manek Urai

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai

Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat diumumkan sebagai calon BN dalam piliharanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Aziz mendapat restu dan sokongan padu pimpinan parti, termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat Umno selain diterima baik ahli akar umbi.


Tuan Aziz, 39, juga merupakan pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.


Muhyiddin membuat pengumuman tersebut , dibuat oleh Muhyiddin dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di Kuala Krai.


"Kita beri peluang semua untuk kemuka pandangan. Susahnya kita di Manek Urai ini (untuk pilih calon), kerana ada ramai tokoh yang layak. "Bagaimanapun, kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi," katanya.

Karnival Makan Durian Pantai Telok Bayu

Majlis Perasmian Karnival Makan Durian


YDP Pas Kawasan Balik Pulau Menyampaikan Ucapan Aluan

Ahli Parlimen Pas Parit Buntar, YB Dr Mujahid Yusof Rawa Menyampaikan Ucapan Perasmian


Ruang urusetia yang bertungkus lumus memastikan karnival berjalan lancar


meja jualan kupon & nombor cabutan bertuah

Isteri YB turut serta menikmati kenikmatan durian Balik Pulau bersama Muslimat Jelutong & Balik Pulau



28 Jun 2009

Karnival Makan Durian Pantai Telok Bayu



Sekitar Karnival Makan Durian


Program dihadiri berbilang kaum tanpa mengira fahaman politik, batasan agama & bangsa











27 Jun 2009

Calon PAS N 41 PRK Manek Urai

Fauzi Abdullah diumumkan sebagai calon yang akan mewakili PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.


Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.


Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Manek Urai sebentar tadi.


Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

24 Jun 2009

Mesyuarat AJK Pas Cawangan ke 2

Mesyuarat Pas Cawangan kali ke 2 telah diadakan malam tadi, 23 Jun 2009 jam 9 malam di Surau Al Masakin, Telok Bahang.

Selain mengadakan mesyuarat AJK, perbincangan khas berkaitan program2 yang dirancang juga menjadi salah satu agenda mesyuarat.

Alhamdulillah bilangan kehadiran AJK juga amat menggalakkan.

Banyak kata putus telah dicapai ahli mesyuarat selain gerak kerja perancangan program khususnya program terdekat telah disusun atur dengan baik.

Semoga apa yang dirancang & diperbincangkan akan berjalan dengan lancar dengan bantuan Allah S.W.T dan komitmen padu AJK.


Dato Paduka Husam Musa & Tuan Haji Mohamad Sabu Terima Jawatan Dalam Pimpinan PAS Pusat sessi 2009 / 2011

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Dua mantan Naib Presiden PAS Pusat Husam Musa dan Mohamad Sabu semalam menerima lantikan untuk menganggotai jawatankuasa pusat PAS setelah dua minggu pengumam saf pimpinan diumumkan.


Keputusan penerimaan tersebut disahkan sendiri oleh meraka sejurus menghadiri mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat malam tadi di ibu pejabatnya Kuala Lumpur.

Sebelum ini, 11 Jun lalu jawatankuasa PAS Pusat bersetuju melantik Husam dan Mohamad sebagai anggota AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.



Saf Kepimpinan PAS P.Pinang 2009-2011

PULAU PINANG, 23 Jun (Hrkh)- Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berharap perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri sesi 2009-2011 semalam dapat menggali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Kemenangan bagi PAS di negeri ini amat penting kerana satu kerusi yang dimenangi oleh bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir tidak mencukupi.

"Kita perlukan kepimpinan yang dapat menggali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Jadi, semuanya harus menyasarkan program ke arah itu di samping turun padang selalu, " kata Ustaz Saleh ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Menurut beliau antara mereka yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, Haji Mohamad Sabu dan seorang tokoh muda, Rosidi Hussain.

Jawatan Setiausaha Perhubungan dikekalkan kepada Fazhil Kemi manakala Ustaz Taqiudin Hamzah diamanahkan sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri diserahkan pada bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak.

AJK Tambahan ialah Mohd Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Bukhari Ghazali, Jamaludin Said dan dua orang muslimat yang belum dilantik.

Pada mesyuarat ke dua nanti katanya, semua lajnah akan diberikan kepada individu yang difikirkan sesuai dan mampu membawa anjakan serta perubahan terhadap PAS selari dengan perkembangan terkini.

Bukan itu sahaja malahan PAS Pulau Pinang juga mahukan persahabatan dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP diperkemaskan dalam gagasan Pakatan Rakyat.

"Kita mahukan kemenangan maka kesatuan tenaga antara Pakatan Rakyat akan diperkemaskan. "Rakyat akan menilai sekiranya kita bergerak bersama bukanya berpecah dan mementingkan diri sendiri, " tegasnya.

19 Jun 2009

Rehlah Bersama Nisa'


Nisa' Balik Pulau bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Balik Pulau akan mengadakan rehlah pada 21 Jun 2009 bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari di Sungai Tukun, Telok Bahang.

Peserta terbuka kepada remaja perempuan berusia antara 13 hingga 20 tahun.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 012-4822420


Jom pakat2 pi rehlah bersama Nisa'.

18 Jun 2009

Karnival Makan Durian


Untuk Tempahan Kupon Dail : 
 Encik Mohd Rodzi Hamid : 0134567928 
En Zul : 0124810074, En Rahman : 0194174277 dan 
En Zailan : 0194777045
Seorang / Individu RM 10.00
Berkeluarga RM30.00
Jom Ramai-ramai pakat pi makan durian sambil berkelah dan beramal.

TEMPAT: PANTAI TELOK BAYU, TELUK KUMBAR, PULAU PINANG.
TARIKH: 28 JUN 2009.
MASA: 9.00 PAGI HINGGA 1.00 TGH.

17 Jun 2009

Program di Tunda


Program Gotong Royong yang dirancang pada 21 Jun 2009 ini ditunda ke tarikh lain berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.


Tarikh 12 Julai 2009 telah ditetapkan untuk program tersebut oleh AJK PAS Cawangan Telok Bahang pada mesyuarat khas malam tadi.


Semua ahli diminta menggerakkan usaha semoga program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya.

16 Jun 2009


KUALA LUMPUR, 15 Jun: Baru mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah diarahkan keluar dari dewan itu apabila dipersalahkan oleh Speaker kerana meneriakkan "Hidup rakyat, Bubar Dun" sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah.

Ekoran teriakkan itu, beberapa anggota dewan membuat teriakan yang sama dan mula memakai lilitan kepala bertulis "Bubar Dun".

Ini menyebabkan, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka membuangnya. Selepas mereka enggan, Speaker mengarahkan mereka keluar.

Nizar juga diarahkan keluar kerana dianggap sebagai punca kekecohan dalam dewan pagi tadi.

Mereka yang diarahkan keluar adalah Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Ceramah Abang Mat Sabu


walauapapun yang berlaku Abang Mat tetap Abang Mat Sabu
Kalah Pilihanraya pun beliau tetap komit dengan pejuangan...
apatah lagi kalah muktamar..
Takbir! Abang Mat


PAS Cawangan Batu Feringghi dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Bendera telah berjaya mengadakan satu ceramah Pakatan Rakyat pada malam 14 Jun 2009.

Ceramah telah dijayakan dengan kehadiran penceramah terkenal Saudara Mohamad Sabu dari PAS & Ustaz Dr Badrol Amin Baharon dari PKR.

Ceramah yang bermula jam 10 malam bertempat di satu kawasan lapang di Batu Feringghi.

PAS Cawangan telah Bahang sedang berusaha untuk membawa Abang Mat ke Telok Bahang.

06 Jun 2009

Pakatan Rakyat Perlu Garis Panduan

SHAH ALAM, 4 Jun - Perwakilan dari Pulau Pinang, Suraya Mohd Saad dalam membahaskan ucaptama ketua Dewan Muslimat berkata ahli-ahli bawahan PAS adalah aset terpenting dalam parti. "Tanpa ahli-ahli bawahan ini, sesebuah parti itu tiada kekuatan," tambahnya.


Berdasarkan pengalaman dalam beberapa Pilihanraya Kecil yang telah dilalui, beliau mencadangkan agar pihak pimpinan membincangkan secara serius berkenaan garis panduan yang harus diakur oleh semua pihak terutamanya pendukung Pakatan Rakyat. Contohnya ialah garis panduan dalam memilih dan meletakkan calon semasa pilihanraya.


Beliau menegaskan kepentingan garis panduan itu adalah untuk memastikan kemenangan dapat dikekalkan dan kerjasama tetap kukuh supaya Pakatan Rakyat tidak menjadi seperti BN.


"Sekiranya berlaku penyelewengan dalam satu pihak, maka pihak yang lain tidak hanya mendiamkan diri kerana kononnya mahu menjaga hati pihak tersebut," ujarnya lagi.


Perbahasan ucaptama yang memperuntukkan lima minit bagi setiap negeri itu turut menyelitkan peringatan para perwakilan bahawa hanya keadilan yang telus akan dapat menyatukan rakyat dan memerintah Malaysia.



Media Muslim di Nasihati Hormati Majlis

SHAH ALAM, 6 Jun - Perwakilan Pas Pulau pinang yang diwakili Ustaz Taqiyudin Hamzah yang lantang berbicara dalam ucapan beliau melontarkan teguran dan nasihat kepada semua wakil-wakil media yang beragama Islam supaya menjaga adab mereka ketika membuat liputan dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh PAS.


Beliau dalam ucapnnya tadi menegur agar wakil media yang hadir agar menjaga adab mereka dari segi pakaian terutama sekali tudung kepala dan pakaian yang tidak menjolok mata agar tidak mengganggu penglihatan muktamirin sewaktu majlis berlangsung.


"Pakaian yang ketat dan jarang sepatutnya tidak dijadikan pakaian wanita muslimah,


"Justeru Islam meletakkan keistimewaan muslimah supaya menutup aurat agar mereka dapat menghindari fitnah yang bakal berlaku," ujarnya.


Selain teguran dari segi etika berpakaian wakil beliau turut menegur wakil media agar membuat liputan berita secara telus dan beramanah bukan sekadar memanipulasi ucapan dan menyebarkan berita yang salah terhadap PAS.


"Sekalipun wakil-wakil media bekerja di dalam institusi media dalam mencari rezeki, sikap tulus dan amanah ini juga sangat penting menjadi akhlak setiap muslim kerana sifat ini adalah di antara sifat dan akhlak nabi Muhammad s.a.w," tambah beliau lagi.


Selain itu akhlak yang mulia menurut beliau, merupakan pembuka kepada rezeki yang berkat dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Beliau juga meminta pimpinan Pas Pusat membuat taqwim yang tersusun untuk lawatan ke Negeri2 agar tersusun dan tidak melangkaui Badan Perhubungan Negeri. Ini kerana katanya ada Kawasan2 yang kuat kabelnya menggunakan pimpinan untuk terus ke Kawasan2 tanpa makluman kepada Badan Perhubungan.


Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sessi 2009/2011


Keputusan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sessi 2009/2011



engerusi Tetap

Ustaz Haji Abu Kassim Abdullah

Timbalan Pengerusi Tetap
HAji Hussin bin Haji Ismail

Presiden
Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang

Timbalan Presiden
Ustaz Nasarudin Md Isa

Naib Presiden
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Dato' Mahfus Omar
Saudara Salehudin Ayub

AJK
Dato Seri Nizar Jamaludin
Ustaz Idris Ahmad
Dato' Kamarudin Jaafar
DAto' Seri Azizan Abdul Razak
Dato' Dr Hassan Ali
Dr Hatta Ramli
Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
Dato' Abu Bakar Chik
Saudara Hanipa Maiden
Dato' Ir Amirudin Hamzah
Dr Lo'Lo Dato' Ghazali
Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman
Dr Dzulkifley Ahmad
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
Ustaz Hasim Jasin
Saudara Mazlan Aliman
Ustaz Taib Azamudin Mohd Taib
Dr Mujahid Yusof Rawa

Pemeriksa Kira-Kira
Mohd Rashidi Hassan
Musanif Abd Rahman


05 Jun 2009

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama' Pas Pusat Sessi 2009/2011

Keputusan Pemilihan Dewan Ulamak PAS Pusat 2009-2011


KETUA
Ustaz Harun Taib(MTB)

TIMBALAN
Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)

NAIB KETUA
Dr Mahfodz Mohamad (MTB)

AHLI JAWATANKUASA
1. Ustaz Husin Awang
2. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
3. Ustaz Nik Zawawi Salleh
4. Ustaz Saleh Sani Harun
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah
6. Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi
7. Ustaz Abdullah Abd Razak
8. Ustaz Hasan Mohamad
9. Ustaz Ismail Noh
10. Ustaz Mohd Zain Abd Rahman
11. Ustaz Mohamad Mustafa
12. Ustaz Abdullah Husin

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Hj Ibrahim Omar (188)

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat Sessi 2009/2011

Keputusan pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat 2009-2011


PENGERUSI TETAP (MTB)
Saudara Misbahul Munir Masduki

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (MTB)
Saudara Aris Awang

KETUA (MTB)
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

TIMBALAN KETUA (MTB)
Saudara Azman Shapawi Abd Rani

NAIB KETUA (MTB)
Saudara Ahmad Sabki Yusof

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN
1. Ustaz Riduan Mad Nor
2. Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3. Ustaz Mohd Firdaus Jaafar
4. Ustaz Mohd Nazri Chik Zain
5. Saudara Suhaizan Kaiat
6. Ustaz Nasir Zakaria
7. Ustaz Kamal Ashaari
8. Saudara Kamaruzaman Mohamad
9. Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil
10. Saudara Mohd Adram Musa
11. Saudara Abdullah Abdul Karim
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Saudara Jamel Saring
2. Saudara Muzammil Hafiz

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Pas Pusat Sessi 2009/2011

Keputusan Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat 2009-2011


PENGERUSI TETAP
Puan Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Puan Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA
Ustazah Nuridah Mohd Salleh

TIMBALAN KETUA
YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff

NAIB KETUA (MTB)
YB Mumtaz Md Nawi

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. YB Wan Ubaidah Omar
2. YB Dr Halimah Ali
3. Puan Mastura Hj Mohamad
4. Saudari Aiman Athirah Al Jundi
5. Dr Najihatussalehah Ahmad
6. YB Dr Siti Mariah Mahmud
7. Dr Rosni Adam
8. Ustazah Azizah Khatib Mat
9. Puan Salbiah Abd Wahab
10. Puan Nurul Huda Yusof Rawa
11. Puan Wardatul Jannah As Sofea
12. To' Puan Ustazah Fatimah @ Zainab Ibrahim

PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan


03 Jun 2009

ADUN Penanti Angkat Sumpah TKM 1 Pulau Pinang


PULAU PINANG, 3 Jun : - Dr Mansor Othman yang baru memenangi Pilihanraya Kecil Penanti pada 31 Mei lalu mengangkat sumpah sebagai Exco di kediaman rasmi Sri Mutiara, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abas jam 9.45 pagi tadi.


Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah.


Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Sementara itu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diadakan berasingan pada tarikh yang akan ditetapkan.


Pagi ini juga Dr.Mansor dikatakan akan mengotakan salah satu piagamnya untuk membuka Pusat Khidmat dalam masa 48 jam di jalan masuk Taman Guar Perahu.Pusat Khidmat baru itu juga sebagai mengantikan Pusat Khidmat Fairus yang terletak di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam.


Harakahdaily.








01 Jun 2009

Tahniah

Pas Cawangan Telok Bahang mengucapkan tahniah kepada ADUN Penanti, Dr Mansor Othman diatas kejayaan beliau mempertahankan kerusi DUN Penanti.
Semoga dengan kemenangan yang memperolehi majoriti yang besar beliau akan bekerja untuk rakyat Penanti dengan lebih baik apatah lagi setelah dilantik menjadi TKM 1 Pulau Pinang kelak.
Tahniah dari pimpinan Pas Telok Bahang juga, kepada seluruh jentera yang telah bekerja sejak dari penamaan calon hinggalah selesai hari mengundi.
Tahniah

Calon PKR Menang Besar di Penanti


PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.

Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.