30 Mei 2009

Senarai Calon Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

SENARAI CALON YANG AKAN BERTANDING JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP (MTB)
1. Ustaz Haji Abu Kasim Bin Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (3)
1. Haji Hussin Bin Haji Ismail
2. Haji Ishak Bin Surin
3. Haji Tengku Puji Bin Tengku Abd Hamid

PRESIDEN (MTB)
1. YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Hj Awang

TIMBALAN PRESIDEN (3)
1. YB Dato' Husam Musa
2. Haji Mohamad Sabu
3. YB Ustaz Ustaz Nasharudin Mat Isa

NAIB PRESIDEN (5)
1. YB Dato' Hahi Mahfuz Omar
2. YB Dr Mujahid Yusof Rawa
3. YB Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah
4. YB Salahuddin Ayub
5. Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA (54)
1. Ustaz Haji Abd Ghani Abdul Rahman
2. Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin
3. YB Dato' Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman
4. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
5. Ahmad Sabki Yusof
6. YB Dato' Ahmad Rusli Ibrahim
7. Saudari Aiman Athirah al-Jundi
8. YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah
9. YB Dato' Haji Anuar Tan Abdullah
10. Haji Asmuni Awi
11. Ustazah Hajah Azizah Khatib Mat
12. YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak
13. Ustaz Azman Shapawi Abd Rani
14. YB Dr Dzulkefly Ahmad
15. YB Dr Hajah Halimah Ali
16. Haji Hamzah Abdullah
17. Dr Hamzah Jaaffar
18. Ustaz Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
19. YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali
20. YB Ustaz Haji Hashim Jasin
21. Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
22. YB Ir Iskandar Abdul Samad
23. YB Dato' Kamarudin Jaffar
24. YB Khalid Abd Samad
25. YB Drs Khalil Idham Lim
26. YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali
27. Dato' Dr Haji Mahfodz Mohamed
28. Saudara Mazlan Aliman
29. Hajah Mariam Abdul Rashid
30. Saudara Misbahul Munir Masduki
31. YB Mohamad Taufek Abdul Ghani
32. YAB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin
33. Saudara Mohamad Noor Mohamad
34. Saudara Mohamed Hanipa Maidin
35. YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
36. Haji Mohd Anuar Tahir
37. Haji Mohd Apandi Mohamed
38. YB Dr Haji Mohd Hatta Md Ramli
39. YB Dr Mujahid Yusof Rawa
40. YB Mumtaz Md Nawi
41. YB Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah
42. Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh
43. YB Dato'Omar Mohamed
44. Dr Osman Sabran
45. YB Saari Sungib
46. YB Dr Shafie Abu Bakar
47. YB Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud
48. YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
49. YB Dato' Ustaz Taib Azamudden Md Taib
50. YB Dato' Takiyuddin Hassan
51. Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
52. YB Dato' Wan Abd Rahim Wan Abdullah
53. Hajah Wan Hasrina Bt Wan Hassan
54. Haji Zulkefly Mohamad Omar

PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)
1. Mohd Rashidi Bin Hassan
2. Musaniff Abd Rahman

Senarai Calon Dewan Ulama'

SENARAI CALON YANG AKAN BERTANDING DEWAN ULAMAK PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP (MTB)
1. Ustaz Haji Hamdan Mohamad

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (MTB)
1. Ustaz Abd Manaf Othman


KETUA (MTB)
1. YB Dato' Ustaz Harun Taib

TIMBALAN KETUA (MTB)
1. YB Dato' Ahmad Yaakob

NAIB KETUA (MTB)
1. Dato' Dr Mahfodz Mohamed

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (21)
1. Ustaz Abdullah Abd Razak
2. Ustaz Abdullah Husin
3. Ustaz Abdul Ghani Samsudin
4. Ustaz Abu Bakar Abdullah
5. Dr Ustaz Azhari Yakob
6. Ustaz Azizan Mohd Desa
7. Dato' Ustaz Hasan Mohamad
8. Ustaz Hassan Alias
9. Dato' Ustaz Husin Awang
10. Ustaz Ismail Noh
11. Ustaz Jaliluddin Haji Abdul Wahid
12. Ustaz Khirul Muntanazar Ismail
13. Ustaz Md Suaid Din
14. Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman
15. Ustaz Mokhtar Senik
16. Ustaz Muhammad Daud Iraqi
17. YB Ustaz Muhammad Mustafa
18. Ustaz Haji Nik Mohd Zawawi Salleh
19. Ustaz Salleh Sani Haji Harun
20. YB Dato' Taib Azamuddin Md Taib
21. Ustaz Zulkarnain Abidin

PEMERIKSA KIRA-KIRA (3)
1. Haji Ibrahim Omar
2. Md Isa Jantan
3. Mohamad Noor Hj Zain

Senarai Calon Dewan Pemuda Pas Pusat

SENARAI CALON YANG AKAN BERTANDING DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP (MTB)
1. Ustaz Misbahul Munir Masduki

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (MTB)
1. Aris Awang

KETUA (MTB)
1. Ustaz Nasrudin Hassan

TIMBALAN KETUA (MTB)
1. Ustaz Azman Shapawi Abd Rani

NAIB KETUA (MTB)
1. Ahmad Sabki Yusof

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN
1. Abdullah Abdul Karim
2. Adly Zahari
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah
4. YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki
5. Firdaus Masod
6. Herman Samsudeen
7. Ustaz Kamal Ashaari
8. Kamaruzaman Mohamad
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil
10. Mohd Adram Bin Musa
11. YB Mohd Firdaus Jaafar
12. Ustaz Hj Mohd Nazri Chik Zain
13. Mohd Sany Hamzan
14. Mohd Sufian Ibrahim
15. YB Ustaz Nasir Zakaria
16. Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
17. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
18. Ustaz Riduan Md Nor
19. Dr Rosli Allani Abd Kadir
20. Suhaizan Kaiat
21. Wan Sukairi Wan Abdullah
22. Mohd Yusni Mat Piah
23. Zuraidin Abdullah

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

Senarai Calon Dewan Muslimat PAS Pusat

SENARAI CALON YANG AKAN BERTANDING DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP (2)
1. Noraini Hussin
2. Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (2)
1. Faizah Ismail
2. Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA (2)
1. Dr Ustazah Asiah Ali
2. Ustazah Nuridah Mohd Salleh

TIMBALAN KETUA (2)
1. YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff
2. Wan Hasrina Wan Hassan, Hajjah

NAIB KETUA (MTB)
1. YB Mumtaz Md Nawi

AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)
1. Aiman Athirah Al Jundi
2. Amizan Baharuddin
3. Ustazah Azizah Khatib Mat
4. Fatimah Wan Teh
5. To' Puan Fatimah @ Zainab Ibrahim
6. YB Halimah Ali
7. Khadijah Mahmud
8. Kintan Osman
9. Mastura Hj Mohamad
10. Madznah Talib
11. Dr Najihatussalehah Ahmad
12. Norhayati Bachok
13. Norhanim Ismail
14. Nurul Huda Yusof Rawa
15. Salamiah Mohd Nor
16. Ustazah Rosiah Salleh
17. Dr Rosni Adam
18. Salbiah Abd Wahab
19. YB Dr Siti Mariah Mahmud
20. Siti Mariam Othman
21. YB Wan Ubaidah Omar
22. Wardatul Jannah As Sofea
23. Zaroni Othman

PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail

26 Mei 2009

Pendaftaran Warga Emas 2009

Satu Program pendaftaran warga emas seluruh Telok Bahang telah diadakan baru2 ini. Program anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut dibantu oleh JKKK Telok Bahang bersama Komuniti Ahli Parlimen Balik Pulau.

PAS Telok Bahang turut mengambil bahagian dengan menghantar beberapa AJK ke Program tersebut.


Naib Ketua PAS Cawangan Saudara Mohd Nasarudin Sultan telah menjadi Pengerusi Majlis.

Tuan Speaker DUN Pulau Pinang, YB Tuan Haji Halim Hussain turut hadir memberi penerangan.





warga emas yang hadir mendaftar untuk menerima bantuan

Pengerusi JKKK yang juga AJK Pas Cawangan Telok Bahang, Saudara Mohd Amin Nordin sedang memberi taklimat

25 Mei 2009

Keputusan Mahkamah Satu Skrip & Matinya Demokrasi



KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran Dun oleh pihak BN.

Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

YB Nizar ketika menerima watikah perlantikan MB sejurus selepas PR menang di Perak selepas PRU 12

Perjumpaan Bersama YDP Balik Pulau


Malam tadi 24 Mei Pas Cawangan telah mengadakan pertemuan hati ke hati bersama Exco Pas Kawasan Balik Pulau.


YDP Pas Kawasan Ustaz Fauzi bin Yusof telah hadir bersama Setiausaha Pas Kawasan, Cikgu Taufik bin Hashim.


Pas Cawangan telah diwakili oleh beberapa AJK yang diketuai oleh Ketua, Naib & Setiausaha.



YDP sedang memberi taklimat

Naib Ketua sedang memberi taklimat pada wakil Pas Kawasan




Pas Kawasan & Pas Cawangan berbincang hati ke hati bagi memantapkan gerak kerja



24 Mei 2009

Hati2 Perang Saraf BN


BN Tak Tanding di Penanti, Tapi PR Terus Diburuk2kan Media


Semua pihak yakin walaupun BN tidak bertanding di Penanti, namun gerakerja secara senyap dan secara perang saraf sedang dimainkan di Penanti bagi mengurangkan majoriti PR pada kali ini.

Antara kerja yang akan atau sedang dilakukan ialah :-
  • Berusaha untuk mengurangkan jumlah pengundi yang membuang undi dengan ini majoriti PKR akan jatuh mendadak.
  • Memujuk pengundi atas pagar supaya tidak mengundi PKR dan mengundi calon Bebas atas pelbagai alasan.
  • Memburuk-burukkan PKR dan calonnya dengan pelbagai tuduhan seperti merasuah calon bebas dan sebagainya.
  • Mengujudkan sindrom PKR sudah menang tidak pernah kerja kuat berkempen dan tidak perlu turun mengundi dan lain-lain.

Oleh itu adalah diseru seluruh jentera PR supaya turun habis-habisan bagi memenangkan calon PKR dengan majoriti yang jauh lebih besar.

Jangan sekali-kali temakan dengan perang saraf media dan BN yang sememangnya terus berusaha membantu calon bebas.



Calon2 yang akan bertanding di PRK N12 Penanti

Mesyuarat AJK PAS Cawangan Kali Pertama

PAS Cawangan Telok Bahang telah mengadakan mesyuarat AJK kali pertama pada malam tadi bermula jam 9 malam di Surau Al Masakin.

Mesyuarat dihadiri oleh semua AJK yang terlantik pada mesyuarat Agung yang lalu.

AJK Tambahan yang dilantik juga turut menghadirkan diri.

Antara agenda mesyuarat adalah membentuk lajnah2 & merancang aktiviti.

Senarai saf pimpinan & aktiviti boleh dilihat di sebelah kiri ruang blog ini.

Untuk makluman pengunjung, PAS Cawangan Batu Feringgi akan mengadakan ceramah umum pada 14/6/2009 yang akan datang

Ceramah akan disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu, Tuan Lim Guan Eng & Ustaz Badrul Amin.

Semua pendokong & penyokong PR diminta hadir beramai2 mendengar amanat pimpinan.

Salam Takziah


Yb. Ismail bin Yaakub ADUN Manek Urai Kelantan telah kembali rahmatillah jam 5 .30 awal pagi tadi . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas al marhum dan menyenaraikan al marhum di kalangan hambaNya yang soleh .

Pas Cawangan Telok Bahang mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga semua ahli keluarga Al marhum bersabar atas ujian ini .

Jentera Pakatan Rakyat Turun ke Kampung


Penanti: Jentera Pakatan Rakyat turun ke kampung

PENANTI, 23 Mei (Hrkh) -Jentera Pemuda Pakatan Rakyat akan turun ke semua kampung dan taman dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti untuk menerangkan kepentingan pilihan raya terutamanya di kalangan remaja agar mereka bersama mendokong cita-cita memajukan negeri ini.

Ketua Angkatan Muda parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Pulau Pinang, YusmadiYusuf ketika ditanya cara terkini untuk memperkenalkan Pakatan Rakyat setelah Barisan Nasional (BN) enggan bertanding di Penanti menanbah, memandangkan BN takutkan kekalahan di sini menyebabkan pendekatan yang bakal dilaksanakan sebelum diubah.

Perubahan itu bukan bermakna Pakatan Rakyat mementingkan sokongan tambahan malahan mengharapkan satu peningkatan usaha penerangan sehingga ke akar umbi.

"Jentera Pemuda Pakatan Rakyat akan menjelajah semua pelusuh kampung memberikan penerangan demi penerangan tentang pentingnya pilihanraya kepada anak-anak muda. Mereka merupakan aset masa depan yang perlu diberikan pendidikan mendalam tentang keperluan tersebut, " terangnya.

Beliau berharap pendidikan politik dipelajari selama lapan hari berkempen di N12 ini kerana selain berpolitik jentera parti juga bertangungjawab memperkasakan masyarakat di samping membantu menonjolkan pengaruh Pakatan Rakyat yang bukan lagi menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

Jentera Pakatan Rakyat juga diminta mengutamakan kempen secara berhemah tidak mewujudkan provokasi, emosi serta terlibat dengan tindakan Umno dan BN yang sengaja mencetuskan kemarahan jentera dengan tujuan melagakan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat.

"Rakyat jangan terpengaruh dengan cara Umno dan BN berpolitik. Mereka walaupun tidak menyertai pilihan raya tapi mereka akan mencipta taktik buruk untuk mengalahkan Pakatan Rakyat, " tambahnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah ketika dihubungi menegaskan, semua jentera Pakatan Rakyat hendaklah diuruskan dengan baik agar tidak terikut dengan telatah Umno yang pastinya mahu melihat Pakatan Rakyat kalah kali ini.

"Kita harapkan kemenangan kali ini maka menjadi tanggungjawab jentera parti untuk membantu dan memastikan ia menjadi kenyataan, " ujarnya lagi.


PAS Permatang Pauh Alu-alukan Petugas


PAS Permatang Pauh alu-alukan kedatangan petugas

PENANTI, 20 Mei (Hrkh) - PAS Permatang Pauh mengalu-alukan kedatangan petugas daripada luar Pulau Pinang untuk membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman walaupun Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak bertanding di situ.
Iklan

Yang Dipertuanya, Omar Hasan ketika dihubungi menjelaskan, keputusan mesyuarat semalam juga memutuskan untuk mengerakkan semua jentera di peringkat Unit Peti Undi (UPU) dan sedia bekerjasama dengan jentera Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang menjadi nakhoda dalam pilihan raya kecil N12 Penanti pada 31 Mei nanti.

"PAS Permatang Pauh mengalu-alukan petugas daripada luar untuk membantu Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan yang mutlak walaupun BN tidak berani meletakan calon di sini," ujarnya.

Jentera pilihan raya katanya, akan dilatih sebaik-baiknya untuk persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.
Bila ditanya adakah lagi pertembungan PAS Kawasan dan KeADILan di Penanti katanya, tiada malahan sanggup bekerjasama dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk semua kaum.

Semua petugas yang ingin menabur bakti di Penanti Omar menambah, datanglah dengan sikap yang matang jangan sekali-kali mencetuskan sesuatu yang boleh meninggalkan kesan negatif pada Dun ini sebaliknya memberi buah fikiran dan tenaga paling maksimum.

"Datanglah bantu calon Pakatan Rakyat dan bila datang carilah markaz besar KeADILan atau PAS untuk membantu jentera masing-masing," terangnya yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Pulau Pinang.

Penamaan Calon Penanti


Penanti: SPR umum pertandingan 4 penjuru!

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) -Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti akan ditandingi oleh 4 calon.

Calon Pakatan Rakyat daripada KeADILan, Dr Mansor Othman akan menentang calon-calon Bebas iaitu, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris.

Semua calon kini boleh berkempen sehingga jam 12 tengah malam, 30 Mei nanti.

Sementara itu, calon-calon Bebas akan menggunakan simbol 'Kunci' untuk Aminah, Nai (Wau) dan Kamarul (Payung) sepanjang pilihan raya ini.

Berita perkembangan dan liputan Penamaan Calon Dun Penanti sejak pagi tadi. Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti baru selesai sebentar tadi. Berikut adalah laporan lintas langsung daripada wartawan Wan Nordin, Azamin Amin, Sabri Said dan Izwan Abdul Halim yang memaklumkan setiap perkembangan yang berlaku di Dewan Semarak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Berapit, Bukit Mertajam,Penanti sejak pagi tadi.

11.55 pagi: Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya,Roslan Yahaya, mengesahkan calon Bebas,Mohd Saberi Othman dibatalkan pencalonannya.

11.15 pagi: Tempoh bantahan telah tamat pada jam 11 pagi tadi dan Pegawai SPR, Roslan Yahaya akan membuat pengumuman tidak lama lagi.

10.00 pagi: Masa pencalonan telah ditutup dan masa bantahan bermula selama sejam sehingga jam 11 pagi nanti. Jika tiada bantahan, maka PRK Dun Penanti akan menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara 4 calon bebas dengan calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman.

9.55 pagi: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Momammad Nizar Jamaluddin tiba di kawasan pencalonan. Para penyokong yang terdiri daripada lebih 4,000 orang bersorak menyambut kehadirannya.

Ada yang berteriak 'Bubar Dun' dan 'Bubar Perak'. Nizar yang melambai tangan dan bersalaman bersama para penyokong meminta semua bersabar dan berkata, perjuangan masih belum berakhir dan kini pihaknya sedang membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah semalam.

9.50 pagi: Sehingga kini seramai 5 calon termasuk calon-calon Bebas iaitu, Aminah Abdullah; Nai Khan Ari; Khairul Romizu Idris; Mohd Saberi Othman dan calon Pakatan Rakyat daripada KeADILan, Dr Mansor Othman telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding dalam PRK ini.

Tempoh pencalonan akan berakhir jam 10 pagi nanti dan dijangka bilangan yang bertanding adalah seramai 5 orang termasuk calon daripada Pakatan Rakyat.

9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pemimpin veteran DAP tiba di kawasan pencalonan untuk memberikan sokongan.

9.15 pagi: Bebas pemimpin Gerakan,Nai Khan Ari menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas.

9.10 pagi: Seorang calon bebas, Khairul Romizu Idris yang juga bekas calon bebas PRK Parlimen Bukit Gantang tiba di Pusat Penamaan Calon IKBN sebentar tadi. Dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang beliau tewas dan telah hilang wang pertaruhan.

9.05 pagi: Calon Bebas, Mohd Saberi Othman memasuki IKBN untuk serahkan borang pencalonan.

9.02 pagi pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman masuk ke dewan untuk serah borang sebagai calon Pakatan Rakyat.

9.00 pagi: Calon Bebas, Aminah ABdullah masuki dewan untuk serah borang pencalonan.

8.55 pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman dilihat memasuki kawasan perkarangan Dewan IKBN dengan diiringi para pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin.

8.50 pagi: Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di luar Dewan IKBN.

8.45 pagi: Perarakan calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman telah bermula seawal jam 8.30 pagi tadi dengan diiringi selebih 4,000 penyokong daripada KeADILan, PAS dan DAP.

Para penyokong Pakatan Rakyat kelihatan masih terus memenuhi ruangan kawasan yang diperuntukkan untuk Pakatan Rakyat.

Dr Mansor telah memasuki tempat penamaan calon iaitu Dewan Semarak, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Penati jam 8.40 pagi tadi.

Turut kelihatan pemimpim Pakatan Rakyat di kawasan penamaan calon adalah, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat, Haji Anuar Tahir dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Pihak polis telah membuat beberapa sekatan terutamanya untuk penyokong Pakatan Rakyat apabila sekatan sejauh 300 meter sehingga menyebabkan para penyokong terpaksa berjalan kaki agak jauh untuk ke kawasan perhimpunan. Tetapi bagi calon bebas, sekatan dibuat berdekatan dengan kawasan dewan pencalonan.

8.20 pagi: Calon Bebas, Nai Ari Khan tiba di pusat penamaan calon.

8.00 pagi: Suasana terkawal dan lengang. Pihak polis ditempatkan bagi mengawal keadaan sekitar IKBN.

7.45 pagi: Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Mansor Othman tiba di pusat penamaan calon. Beliau masih menunggu kehadiran penyokong parti lain dari jarak 300 meter dari kawasan penamaan.

7.40 pagi: Calon Bebas, Aminah Abdullah tiba di pusat penamaan calon di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam bersama suami dan tiga anaknya.

Kelahiran kali ke 2



Setelah mencuba kali kedua, akhirnya blog Pas Cawangan Telok Bahang telah terhasil.


Pengalaman terpadam blog pertama menjadi satu pengalaman buat blogger.


Adalah diharapkan dengan terhasilnya blog ini, dapat menyalurkan maklumat berkaitan Parti diperingkat Cawangan, Kawasan, Negeri & Pusat.


Berbagai maklumat berkaitan masyarakat & hal umum juga akan cuba disalurkan di blog ini selain hal2 kepartian.
Kepada AJK, ahli2, pendokong & penyokong yang mempunyai berita untuk dikongsi bolehlah menghantar melalui email pastbahang@yahoo.com.my