31 Julai 2009

Salam Takziah, Perginya Seorang Pejuang!

Adun PAS Permatang Pasir meninggal dunia. 
 
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.  
   
   
Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu. 

Menurutnya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang. 

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya. 

Baru-baru ini allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71. 

Harakhadaily dimaklumkan, jenazah allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini. 

Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumiannya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini. 

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat. 

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS. 

"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," ujarnya. 

TERKINI!!!!!Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani allahyarham di IJN. 

Menurut salah seorang anak allahyarham, Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi. 

"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily. 

Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain. 

Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir. 

"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya. 

"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya. 

Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham. 

Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998. 

"Beliau seorang yang mudah memahami, sangat penyayang dan bekerja keras untuk rakyatnya," ujar beliau. - wann/mr _



Alfatihah....

 

21 Julai 2009

Jom Pakat2 P....

Forum Perdana Pembelaan Menuntut Keadilan Teoh Beng Hock di Pulau Pinang

FORUM PEMBELAAN MENUNTUT KEADILAN TEOH BENG HOCK

Tarikh : 21.7.2009 Hari : Selasa Masa : 8.00 Malam


Tempat : Kompleks Masyarakat Penyayang
Bersama :Y.A.B Lim Guan Eng 
Ketua Menteri Pulau Pinang

Y.B Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

Y.B Prof Dr. P. Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang

Y.Bhg Ustaz Salleh Man
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

Serta Ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat.

Anda semua dijemput hadir...

20 Julai 2009

1 Malaysia?

Penduduk Cina, Melayu Bantah Pindah Tokong Dekat Masjid


BATU FERINGGI – Penduduk Melayu dan Cina Kampung Belacan membantah pemindahan tokong Buddha yang akan berada kira-kira kurang 50 meter daripada Masjid Batu Feringgi.


Terdahulu berpuluh rumah penduduk Kampung Belacan terpaksa dirobohkan dan penduduk menerima pampasan berikutan pihak pemaju mahu membina projek perumahan mewah di perkampungan tersebut.


Akur dengan keputusan pemaju bahawa tanah tersebut bukan milik mereka, dan penduduk berpindah ke kawasan yang lain setelah menerima pampasan.


Namun, masalah yang lain pula timbul apabila tokong penganut Buddha khasnya kaum Cina Batu Feringgi itu masih belum dirobohkan, tetapi ia masih menjadi masalah kerana tokong yang berusia kira-kira 120 tahun itu terletak di tengah-tengah tapak projek berkenaan.


Tinjauan Sinar Harian mendapati tokong lama yang diberi nama Tan San See Temple itu terletak di tengah pembangunan baru Kampung Belacan, Batu Feringgi. Mahu tidak mahu, penduduk Cina terpaksa menerima hakikat bahawa tokong itu mesti juga dirobohkan.


Seorang penduduk Kampung Belacan, Saleih Saad berkata, dia terkejut apabila mendapati beberapa pekerja pembinaan sedang merobohkan rumah jirannya pada awal pagi baru-baru ini. Dia yang tertanya-tanya dengan keadaan demikian menanyakan perkara itu kepada pekerja tersebut. “Pekerja itu memaklumkan rumah ‘apek’ yang juga jiran lama saya sudah dibeli oleh pemaju dan mereka mahu membina tokong baru di tapak berkenaan. “Saya apa lagi, terkejut besar disebabkan tokong tersebut berada betul-betul bersebelahan rumah saya dan kira-kira 50 meter sahaja dari masjid,” katanya.


Manakala seorang pengunjung tokong berkenaan yang dikenali sebagai Ah Boy, mendapat maklumat yang sama daripada pekerja bahawa tokong lama mereka, Tan San See akan dipindahkan berhampiran dengan masjid. “Kami tidak tahu apa-apa, kami sembahyang di sini dan kami terkejut kerana tiada seorang pun pihak pemaju datang memaklumkan pada ahli jawatankuasa tokong untuk memberitahu bagi memindahkan tokong kami berhampiran rumah penduduk Melayu dan tempat sembahyang mereka. “Mereka (pemaju) tidak sepatutnya lakukan sebegini kepada kami, kami (penduduk kaum Cina) dengan Melayu Batu Feringgi sudah kawan baik dan saya takut sekiranya tokong ini dekat ia akan jauhkan hubungan kami,” katanya kesal dengan pemindahan tokong berkenaan.


Ah Boy berkata, pemindahan tokong yang dibina oleh ibu bapa mereka sejak ratusan tahun dahulu seharusnya dipindahkan ke kawasan yang lebih baik dan tidak mengganggu keharmonian kaum lain.


Katanya, dia dan rakan daripada kaum Cina yang lain tidak mahu menyusahkan penduduk beragama Islam dan kesal dengan tindakan pemaju yang seharusnya berbincang terlebih dahulu dengan pengurusan tokong. “Malah, keputusan untuk meletakkan tokong juga perlu mendapat restu kerana kadangkala sesebuah tapak tidak mempunyai feng sui yang bagus,” katanya.


Ah Boy juga bimbang sekiranya semasa bersembahyang di tokong ia akan mengganggu penganut aga�ma Islam yang sedang bersembahyang juga. “Kami di sini bunyi pum pang pum pang nanti di sana dengar semasa mereka bersembahyang juga dan kami tidak mahu pergaduhan sebab kami di antara Melayu dan Cina sudah berkawan dari kecil.


Kami juga boleh duduk satu meja minum kopi sambil bersembang, te�tapi kenapa kerajaan negeri tidak membantu kami?. Janganlah janji tinggal janji sahaja,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Bukit Bendera, Saiful Lizan, bersama Naib Yang Dipertua Pas Bukit Bendera, Jamaluddin serta Setiausaha Pas Bukit Bendera, Jasmadi Jamaluddin turun padang melihat masalah penduduk Cina dan Melayu berkenaan.


Pada awalnya Jamaluddin yang juga pemimpin kawasan di Batu Feringgi menerima panggilan daripada sahabat Melayu dan Cina mengenai isu tokong tersebut. Setelah melihat dan mendengar masalah daripada kedua-dua pihak, Jamaludin menghubungi Saiful untuk menerangkan masalah berkenaan. Pas Bukit Bendera juga membuat laporan polis atas tindakan pemaju berkenaan di Balai Polis Batu Feringgi.


Saiful berkata, dia sudah membuat perjumpaan bersama mufti Pulau Pinang dan perkara tersebut mendapat reaksi positif. Katanya, mufti turut memaklumkan pembinaan surau dan masjid perlu mendapat restu daripada beberapa pihak sebelum pembinaannya dapat dijalankan, dan begitu juga pembinaan tokong dan kuil perlu mendapat kebenaran sebelum dibina.


“Tetapi yang hairannya tiada sesiapa memberi kelulusan kepada pemaju dengan sewenang-wenangnya membina tokong tersebut di mana-mana yang mereka suka tanpa persetujuan dari mana-mana pihak. “Jarak antara tokong dan masjid perlu dibina sejauh kira-kira 400 meter, dan kami daripada Pas Bukit Bendera bimbang sekiranya pembinaan tokong ini diteruskan ia akan menimbulkan masalah perkauman,” katanya.


Saiful juga meminta supaya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim membantu penduduk menyelesaikan masalah berkenaan kerana Kerajaan Negeri perlu bertanggungjawab kepada penduduk. “Pas akan membantu penduduk sebagaimana kami telah bantu nelayan Tanjung Bungah, dan kali ini masalah kaum Cina dan Melayu ini akan dibawa kepada pihak atasan untuk diberi perhatian. “Kami juga sedang dalam perancangan untuk membuat memorandum bantahan sekiranya perkara ini masih diteruskan,” katanya


Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi
Berhampiran Masjid inilah Tokong bagi masyarakat Cina dicadang akan dialihkan dari tapak asal yang ada sekarang


19 Julai 2009

Salam Takziah Buat Mendiang Teoh Beng Hock

Solidariti Untuk Kematian Misteri Mendiang Teoh Beng Hock di SPRM Penang 

Artikel dipetik dari blog sahabat Din Binjai

DAP P.Pinang yang diketui oleh YB Ng Wei Aik Adun Komtar menganjurkan satu perhimpunan aman memperingati kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock Pembantu Khas kepada YB Ean Yong Hian Wah yang kononnya dikatakan terjatuh dari bangunan SPRM. Perhimpunan ini dibuat di hadapan pejabat SPRM P.Pinang Jalan Sultan Ahmad Shah tepat jam 9 malam.

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Sebelum itu Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

 



16 Julai 2009

Salam Tahniah


Sekalung tahniah kepada YB Fauzi bin Abdullah atau Abe Uji diatas kemenangan dlam PRK N41 Manek Urai. Ucapan tahniah juga kepada seluruh petugas samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Selamat Menjalankan Tugas

15 Julai 2009


PAS Menang N41 Manek Urai



Syukur alhamdulillah PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti 65 undi.

Syabas dan tahniah kepada semua petugas dan jentera pilihanraya. Segala kerja berat anda, hanya Allah sahajalah yang membalasnya. Insya Allah.



N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)... 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN)..... 5,283

Jumlah mengundi............... 10,631

Peratus....................... 87%

Undi rosak.................... 117

Majoriti...................... 65


Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi



dihari penamaan calon, 6 Julai 2009


merai kemenangan, menuai pejuangan


12 Julai 2009

Pas Pulau Pinang & Bloggers

Bantu Pakatan Rakyat, PAS Akan Bertemu Blogger  
 
PULAU PINANG, 28 Jun (Hrkh) - PAS Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan dengan semua blogger yang pro Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini tidak lagi untuk menyampaikan misi terbaru sesuai dengan perkembangan hari ini. Iklan  
   
   

Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak berkata, pertemuan itu membawa banyak erti kepada PAS kerana peranan blogger tidak dinafikan membantu mengembangkan pengaruh Pakatan Rakyat dalam masa yang singkat. 

"Melalui pertemuan itu nanti kita akan menerangkan misi dan visi terbaru PAS Negeri bagi diketengahkan dalam blog mereka. Kita juga berharap rakyat akan menerima corak dan persembahan PAS selari dengan perkembangan masa kini, " ujarnya. 

Beliau yang juga bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas menambah, apa pun tempat dan waktu akan diberitahu kelak kerana buat masa ini Penerangan PAS Negeri sedang merancang mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Lajnah Penerangan PAS seluruh negeri untuk memperjelaskan misi dan visi terbaru itu. 

Beliau berharap semua blogger di Pulau Pinang dapat bekerjasama dengan PAS untuk membuktikan PAS sebenarnya boleh merealisasikan perjuangan di negeri ini hasil kemenangan bersama parti gabungan Pakatan Rakyat. 

Menyedari hakikat itulah sambungnya, PAS memerlukan blogger yang pro Kerajaan Pakatan Rakyat untuk meningkatkan peranan yang selama ini agak malap padahal semua tahu PAS lahir di Pulau Pinang. 

"Tempat lahir PAS mestilah kuat bukan macam sekarang tidak menyengat. Oleh itu, satu pembaharuan mesti dilakukan demi perjuangan kita masa depan, " terangnya. 

Menurut Zulkiply lagi, selepas ini beliau yakin PAS di Pulau Pinang dapat nafas baru dan beliau juga berharap semua lajnah lain melonjakkan produktivi dan kreativiti supaya perkembangan dan imej PAS dapat dibawa dengan baik.

 


Dr Mujahid Tekad Bantu Pas Pulau Pinang

PULAU PINANG, 28 Jun (Hrkh) - Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa bertekad akan membantu merealisasikan kejayaan PAS di negeri Pulau Pinang dengan memperkenalkan beberapa kerangka yang boleh menambah baik kelemahan yang sedia ada. Iklan  
   
Beliau ketika ditanya selepas berucap dalam forum Penerangan Dasar Kerajaan Negeri di Tapak Ekspo, Seberang Jaya semalam mengajak semua ahli PAS wajar mengenengahkan isu yang berbangkit di kalangan masyarakat. 

"Bagi meningkatkan emej PAS Pulau Pinang kita kena buat beberapa perubahan yang agak drastik. Selari perkembangan dunia hari ini asalkan tidak melanggari tata susila Islam, " jelasnya. 

Beliau juga menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS Negeri, Zolkiply Ishak yang mahu bertemu semua blogger pro- Kerajaan Pakatan di negeri ini bagi mendapatkan khidmat mereka meningkatkan emej PAS. 

Usaha ke arah itu sepatutnya ditumpukan kerana PAS kini bukan lagi 'parti kampungan' sebaliknya merupakan parti untuk semua kaum. 

"PAS kini sudah maju ke hadapan maka satu mekanisma harus dicipta untuk memastikan pencapaianya kini memberangsangkan terutamanya PAS kini bukan sahaja untuk orang Islam malahan boleh disertai oleh golongan bukan Islam menerusi Kelab Penyokong PAS yang kini sudah menjangkau ke angka 20 ribu orang, " ujarnya yang juga anak kepada bekas Presiden PAS, Haji Yusuf Rawa. 

Menyentuh mengenai serangan terhadap peribadi Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat menjelang pilihan raya kecil Manik Urai beliau menyifatkan, semua itu mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mencipta sejarah memenangi pilihan raya kecil semula setelah menerima tamparan amat memalukan sejak akhir-akhir ini. 

Apa pun perkembangan termasuk mainan isu Kerajaan Perpaduan bermatlamat memecah belahkan PAS serta Pakatan Rakyat yang telah berjaya menjalin usahasama yang baik selepas tangkapan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

"Apa yang berlaku di Kelantan kononnya Umno dituduh sesat dan sebagainya hanyalah sementara menjelang pilihan raya kecil Manik Urai. Lepas itu pastinya tiada kedengaran lagi. Anggaplah itu mainan politik parti yang kini menuju kemusnahan, " katanya. 


GEORGETOWN, 11 Julai (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran 'Dato' sempena ulangtahun Tun Yang Terutama Tun Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas yang ke-71 di Dewan Sri Pinang pagi tadi.

Hamdan yang pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun selepas Tuan Guru Haji Zabidi Ali meninggal dunia merupakan tokoh PAS pertama negeri ini yang mendapat gelaran sedemikian. 

Selain beliau 38 orang lagi yang tersenarai mendapat gelaran Dato' ialah bekas YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang kini menjawat jawatan Pegawai Kewangan Negeri, Haji Farizan Darus dan penyanyi kumpulan Alleycat, mendiang Loganathan Arumugam.

Manakala Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pula merupakan satu-satunya pimpinan tertinggi kerajaan yang dianugerahkan Darjah Utama Pangkuang Negeri (D.U.P.N) yang mebawa gelaran Dato' Seri Utama. Walau bagaimanapun beliau tidak kelihatan dalam majlis berkenaan pagi tadi. 

Tiga individu dianugerahkan pingat Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Dato' Seri termasuk Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Pulau Pinang, Dato' Zahrain Mohamed Hashim. 

Sempena ulangtahun TYT kali ini seramai 793 orang menerima pingat yang membawa berbagai gelaran. 

Majlis anugerah itu diadakan selama tiga hari iaitu hari ini, Isnin dan Selasa. 

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika dihubungi melahirkan kegembiraan kerana Hamdan memang selayaknya menerima kerana sumbangan bakti kepada parti, masyarakat dan rakyat Pulau Pinang sepanjang menjawat jawatan Pesuruhjaya dan Adun sekarang ini. 

Menurutnya, kerja buat Hamdan ketika menjadi Pesuruhjaya tempuhari tidak dinafikan memang terpuji ekoran mempunyai ideal serta agenda membangunkan PAS Negeri disamping berjaya meningkatkan sokongan pada PAS. 

"YB Hamdan memang layak menerima anugerah tersebut dengan pengorbananya yang tinggi terhadap perjuangan parti. Kini sebagai Adun beliau juga aktif merancang program dan dikenali sebagai salah seorang Adun di Pulau Pinang yang aktif mendampingi rakyat, " ujarnya yang merasai penganugerahan itu menandakan satu penghargaan yang tinggi terhadap PAS.

10 Julai 2009

Gotong Royong



Alhamdulillah, Syukur kepada Allah.... Akhirnya setelah ditangguhkan & setelah bermesyuarat bebarapa kali akhirnya program gotong royong anjuran Pas Telok Bahang akan diteruskan pada 12 Julai 2009 bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari ini.


Program akan diadakan disekitar Kampung Bangsal Rawai, Telok Bahang. Petugas2 diminta berkumpul di Kawasan Lapang berhampiran rumah Saudara Mohd Isa Mohd Ali.


Program gotong royong ini akan dibantu oleh MPPP, JKR, Pihak Bomba dan lain2 lagi.


Semua ahli2, para penyokong & penduduk setempat dijemput hadir ke program bersama masyarakat ini.

persekitaran kampung telok bahang yang perlukan kerja2 pembersihan setiap masa

06 Julai 2009

Biodata Calon PAS PRK N41 Manek Urai

Nama penuh : Fauzi bin Haji Abdullah
Umur : 50 tahun
Tempat kelahiran : Bukit Marak, Kelantan
Tempat tinggal : Pekan Gunchil

Keluarga

Isteri : Aminah bt Mahmud
Anak : 5 orang

Pengalaman kerja :
: 1. Penyelia Dun Guchil
: 2. Ahli Majlis Daerah Kuala Krai
: 3. Pengusaha dan peniaga di Bandar Kuala Krai

Jawatan Dalam Parti :
: 1. Ketua cawangan Bandar Krai
: 2. Bendahari PAS Kuala Krai

Selamat Mengundi PRK N41 Manek Urai

KUALA KRAI: Sah! Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan saingan satu penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS pula Mohd. Fauzi Abdullah, 50.

Status mereka disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai tarikh pengundian.