07 Mac 2010

Wanita Tetap Diutamakan Pakatan Rakyat



PULAU PINANG: Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) majlis itu berkuat kuasa 1 Mac ini.


Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan YDP majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.


"Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai YDP MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan," katanya kepada pemberita di sini.


Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan. Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.


Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada tahun 1985.-


Wanita diangkat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebagai YDP MPPP.Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang tak pernah lakukan.....

Sambutan 2 Tahun Pakatan Rakyat Pulau Pinang




2 tahun kerajaan PR perintah Pulau Pinang.
Banyak perubahan dalam ekonomi,politik dan sosial di Pulau Pinang.
Anda perlu hadir apakah perubahan tersebut yang telah di capai oleh PR.

Puisi Buatmu..... Tok Guru


Tuntutan Suatu Perjalanan

Di mana pun kau berpijak
Ke mana pun hala tuju
Kau terikat pada satu janji
Pada khaliq penciptamu

Kau sampaikan seruan Illahi
Kebenaran mengiringi
Kau terdorong oleh amanah diri
Kau penyambung pewaris Nabi

Tuntutlah walau ke hujung dunia
Tuntutlah walau ke akhir nyawa
Ikrar mu hanya pada yang Esa
Selagi kau bernama manusia
Berpegang lah pada tali janji mu

Kepada ku ya Allah berilah hidayah
Kurniakan lah petunjuk rahmat Mu
Kau ciptakan kami dengan kemuliaan
Segalanya kami serahkan
Hanya lah pada kau yang SATU

Kau teruskan perjalanan
Mengharungi onak duri
Penuh tabah serta keyakinan diri
Walau rebah jasad ke bumi.....

YB Permatang Pasir Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan


Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada bulan April ini.Jika anda ada soalan-soalan untuk dikemukakan cadangan cadangan,masalah masalah berbangkit serta sesuatu isu untuk dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sila bangkitkan.
Sila email kepada pemudabbendera@hotmail.com atau tel Saiful 013 4401089 s/u khas kepada YB.Salleh Man Adun Permatang Pasir atau temui YB sendiri.