24 Jun 2009

Mesyuarat AJK Pas Cawangan ke 2

Mesyuarat Pas Cawangan kali ke 2 telah diadakan malam tadi, 23 Jun 2009 jam 9 malam di Surau Al Masakin, Telok Bahang.

Selain mengadakan mesyuarat AJK, perbincangan khas berkaitan program2 yang dirancang juga menjadi salah satu agenda mesyuarat.

Alhamdulillah bilangan kehadiran AJK juga amat menggalakkan.

Banyak kata putus telah dicapai ahli mesyuarat selain gerak kerja perancangan program khususnya program terdekat telah disusun atur dengan baik.

Semoga apa yang dirancang & diperbincangkan akan berjalan dengan lancar dengan bantuan Allah S.W.T dan komitmen padu AJK.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan