12 Julai 2009

Dr Mujahid Tekad Bantu Pas Pulau Pinang

PULAU PINANG, 28 Jun (Hrkh) - Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa bertekad akan membantu merealisasikan kejayaan PAS di negeri Pulau Pinang dengan memperkenalkan beberapa kerangka yang boleh menambah baik kelemahan yang sedia ada. Iklan  
   
Beliau ketika ditanya selepas berucap dalam forum Penerangan Dasar Kerajaan Negeri di Tapak Ekspo, Seberang Jaya semalam mengajak semua ahli PAS wajar mengenengahkan isu yang berbangkit di kalangan masyarakat. 

"Bagi meningkatkan emej PAS Pulau Pinang kita kena buat beberapa perubahan yang agak drastik. Selari perkembangan dunia hari ini asalkan tidak melanggari tata susila Islam, " jelasnya. 

Beliau juga menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan PAS Negeri, Zolkiply Ishak yang mahu bertemu semua blogger pro- Kerajaan Pakatan di negeri ini bagi mendapatkan khidmat mereka meningkatkan emej PAS. 

Usaha ke arah itu sepatutnya ditumpukan kerana PAS kini bukan lagi 'parti kampungan' sebaliknya merupakan parti untuk semua kaum. 

"PAS kini sudah maju ke hadapan maka satu mekanisma harus dicipta untuk memastikan pencapaianya kini memberangsangkan terutamanya PAS kini bukan sahaja untuk orang Islam malahan boleh disertai oleh golongan bukan Islam menerusi Kelab Penyokong PAS yang kini sudah menjangkau ke angka 20 ribu orang, " ujarnya yang juga anak kepada bekas Presiden PAS, Haji Yusuf Rawa. 

Menyentuh mengenai serangan terhadap peribadi Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat menjelang pilihan raya kecil Manik Urai beliau menyifatkan, semua itu mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mencipta sejarah memenangi pilihan raya kecil semula setelah menerima tamparan amat memalukan sejak akhir-akhir ini. 

Apa pun perkembangan termasuk mainan isu Kerajaan Perpaduan bermatlamat memecah belahkan PAS serta Pakatan Rakyat yang telah berjaya menjalin usahasama yang baik selepas tangkapan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

"Apa yang berlaku di Kelantan kononnya Umno dituduh sesat dan sebagainya hanyalah sementara menjelang pilihan raya kecil Manik Urai. Lepas itu pastinya tiada kedengaran lagi. Anggaplah itu mainan politik parti yang kini menuju kemusnahan, " katanya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan