11 November 2009

Salam Takziah Buat Keluarga Dato' Kamaruddin Jaffar


KUALA LUMPUR, 11 Nov - Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Datuk Kamarudin Jaffar di atas pemergian isteri beliau, Datin Kamariah Kamarudin awal pagi tadi. Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

 
Pemergian beliau ini bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga Allahyarhamah tetapi juga merupakan satu kehilangan kepada Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat.


Dari makluman, Datuk Kamarudin ketika ini masih dalam perjalanan pulang dari Qatar selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.


Difahamkan, Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.


"Semoga keluarga allahyarhamah diilham kesabaran tinggi dan tabah menerima takdir Allah," ujar Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin ketika dimaklumkan berita tersebut.


Ustaz Ghani mewakili seluruh staf Bilik ICT mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. - Al-Fatihah! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan