15 November 2009

Tok Guru Ketuai Pakatan Rakyat


Idea yang dilontarkan oleh Datuk Zaid Ibrahim yang mencadangkan agar TGNA memimpin Pakatan Rakyat setelah Pakatan Rakyat disahkan pendaftarannya amat tepat dimasa sekarang. Nik Aziz yang selama ini menjadi ikon terpenting parti Pas dilihat akan juga dapat menjadi ikon kepada penyokong Pakatan Rakyat. 

Ketokohan TGNA sebagai ilmuan agama tidak dapat dipertikaikan lagi dan menjadi satu kelebihan kepada PR untuk menyaingi populariti pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang lain termasuklah dari Umno. Selain itu, pengalaman memimpin Kelantan hampir 20 tahun sebagai Menteri Besar dibawah tekanan Kerajaan Pusat juga dilihat merupakan satu lagi kelebihan yang ketara. Keperibadian yang selama ini mencerminkan kesederhanaan didalam apa jua tindakan diharap dapat menarik minat golongan atas pagar dan mereka yang menghormati beliau sebagai seorang ulamak tersohor dirantau ini. Cadangan perlantikkan TGNA juga dapat membawa Pakatan Rakyat keperingkat yang lebih tinggi dimata seluruh penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia sekiranya ianya mendapat persetujuan dari penasihat PKR , Datuk Seri Anwar dan juga Penasihat DAP Lim Kit Siang. Ini kerana pengorbanan yang bakal dilakukan oleh kedua-dua pemimpin tersebut berkemungkinan besar dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. 

Rakyat akan dapat melihat suatu 'keajaiban politik' berlaku kerana DAP dan PKR serta PAS dapat berganding bahu dan menyetujui satu persefahaman yang benar-benar mencerminkan perpaduan jitu. Jika idea ini dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin ini, rakyat akan melihat satu kesepakatan yang boleh membawa titik perubahan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malasia, iaitu , satu barisan alternatif yang komited dan berwawasan. Jika selama ini ada dikalangan rakyat yang masih lagi sangsi akan kesepakatan ini akan terus memberi sokongan kerana melihat satu perubahan yang telus dengan terpilihnya TGNA sebagai Pengerusi Gagasan Pakatan Rakyat.

Disamping itu, dengan keperibadian TGNA sebagai seorang yang arif dalam bidang agama serta merupakan tokoh yang bersih dari segala gejala rasuah seharusnya memberikan kelebihan ketara dibandingkan dengan tokoh-tokoh politik yang lain. Tambahannya, Umno/BN tidak akan dapat menyerang keperibadian TGNA sepertimana yang mereka lakukan keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Lim Kit Siang. Justeru itu, pemilihan TGNA sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama adalah tepat dan diyakini dapat membimbing Pakatan ke tahap yang dapat dibanggakan rakyat yang cintakan ketelusan dan keadilan dalam pemerintahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan