17 Ogos 2009

SIBUK...

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri sibuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Pulau Pinang, hari ini.

Penamaan calon bagi pilihanraya kecil itu diadakan pada 17 Ogos ini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Penanti manakala hari pengundian pada 25 Ogos.

Setakat ini calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dan calon PAS, Mohd Salleh Man akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman,63, daripada PAS akibat sakit jantung pada 31 Julai lepas. 

15 Ogos 2009

PERMATANG PASIR, 15 Ogos - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man sebagai calon PAS sekaligus mewakili Pakatan Rakyat untuk bersaing dengan calon BN-Umno, Rohaizat Othman bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, dekat sini selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya lima jam sebelum itu.


Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.


Turut hadir malam tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Dato' Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar.


Sehingga kini, dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, BN dan seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu yang juga bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini.


Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 25 Ogos.


14 Ogos 2009

Calon BN N11 DUN Permatang Pasir

Rohaizat Othman Calon BN di Permatang Pasir 

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemilihan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.

Beliau membuat pengumuman tersebut di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam 4 petang ini seperti yang dilapor oleh Malaysiakini sebentar tadi.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan mengumumkan calonnya pada jam 9 malam ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Sebelum ini, Umno bahagian Permatang Pauh menyenaraikan empat calon termasuk Mohd Zaidi kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti itu.

Manakala jawatankusa PAS pula bermesyuarat hujung minggu lalu membicangkan lima orang calon termasuk AJK PAs Pusat, Hj. Mohd.Sabu dan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ust.Salleh Man.

Untuk makluman saudara Rohaizat Othman merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh dan seorang peguam.

Pemilihan beliau direstui semua pihak termasuk UMNO Pusat, UMNO Bahagian Permatang Pauh termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri.

Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh akan berusaha keras memastikan kemenangan BN dalam PRK Permatang Pasir.

Pemuda juga gembira dengan kepercayaan UMNO dan Barisan Nasional mengetengahkan calon muda dan profesional bagi menggalas cabaran BN di Permatang Pasir.

13 Ogos 2009

Pelancaran Jentera Pemuda PAKATAN

dipetik dari blog Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasrudin Tantawi :

http://episodeperjuangan.blogspot.com/


Pelancaran Jentera 
Pemuda Pakatan Rakyat
PRK N11 Permatang Pasir


1. Insyaallah , Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat akan disempurnakan di Permatang Pasir pada 16 hb Ogos 2009 pada 5 Petang .

2. Jentera ini akan dikerahkan semaksima mungkin untuk mempertahankan kemenangan N 11 Permatang Pasir dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi dari Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negara .

3. Semoga semua pemuda dari negeri - negeri telah siap jadual bertugas ke Permatang Pasir dan hadhir semua pada hari raptainya iaitu Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat . Majlis ini akan berlangsung pada 16 hb Ogos nanti tepat jam 5 petang .

4. Pemuda Pakatan Rakyat dari seluruh negara juga akan berkampung di Permatang Pasir sehingga esoknya untuk memberi sokongan kepada calon PAS mewakili Pakatan Rakyat N. 11 Permatang Pasir pada 17 hb.

5. Harapan saya agar seluruh anggota pemuda dapat memberikan komitmen yang terbaik sekaligus tenaga kita diberikan seikhlasnya untuk terus memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat Ok ! Pemuda , kita jumpa di Permatang Pasir 16 hb ini untuk terus mengerahkan tenaga , idea , wang ringgit demi sebuah perjuangan yang kita dokong . Saya bangga dengan kalian semua !



PRK N11: Penempatan Petugas PAS


Tempat agihan penempatan: Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir
No Telefon : 04-3984226


1.UPU Sama Gagah:
Ketua: Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS)
Negeri Pembantu: Pahang & Sarawak
Kawasan Pembantu: Jelutong & Tanjung

2.UPU Permatang Ara:
Ketua: DS Azizan Abdul Razak (MB Kedah)
Negeri Pembantu: Kedah & Sabah
Kawasan Pembantu: Tasek Gelugor

3.UPU Permatang Pauh:
Ketua: DS Ir Nizar Jamaluddin (MP Bkt Gantang)
Negeri Pembantu: Perak
Kawasan Pembantu: Bayan Baru

4.UPU Bukit Indra Muda:
Ketua: Dato' Dr Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor)
Negeri Pembantu: Selangor
Kawasan Pembantu: Balik Pulau & Bukit Bendera

5.UPU Kampung Pelet:
Ketua: Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor)
Negeri Pembantu: Johor & Melaka
Kawasan Pembantu: Bagan & Bukit Gelugor

6.UPU Kubang Semang:
Ketua: Dato' Ustaz Ahmad Yaacob (Timb. MB Kelantan)
Negeri Pembantu: Kelantan
Kawasan Pembantu: Nibong Tebal

7.UPU Tanah Liat:
Ketua: Hj Mohamad Nor Mohamad
Negeri Pembantu: Wilayah Persekutuan & Perlis
Kawasan Pembantu: Batu Kawan

8.UPU Cross Street:
Ketua: Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS N Sembilan)
Negeri Pembantu: Negeri Sembilan
Kawasan Pembantu: Bukit Mertajam

9.UPU Permatang Tengah:
Ketua: Dato' Ustaz Harun Taib (Ketua Dwn Ulamak PAS Pusat)
Negeri Pembantu: Terengganu
Kawasan Pembantu: Kepala Batas



10 Ogos 2009

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir 4 Ramadhan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil N11 DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa.

"ia merupakan masa yang paling sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".

"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini. 

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatkuasa 1 0gos lalu.

Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.

Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.

Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.

Terdapat lapan pusat mengundian disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.

Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.

"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.

"Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.


02 Ogos 2009

PULAU PINANG, 1 Ogos (Hrkh)- Dua orang anggota Unit Amal Pulau Pinang berada dalam kritikal dan enam lagi cedera ringgan di Hospital Sungai Buluh apabila bas ekspres Konsotium terbabas dan terbalik berdekatan Bukit Beruntung pukul 4.00 pagi tadi.
 

Pengarah Unit Amal Pulau Pinang, Norazman Ishak ketika dihubungi berkata, seramai 20 orang anggota Unit Amal menaiki bas berkenaan dari Alma Jaya, Bukit Mertajam menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri program Mansuhkan ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang akan bermula pagi ini.
Menurut beliau, dua anggota Unit Amal yang masih di bilik kecemasan itu ialah Saudara Abdul Wahab dan Abdul Razak Jaafar.


"Saya harap semuanya bersabar dan berdoa agar kesihatan mereka stabil semula. Manakala saudara mara mereka jangan bimbang kerana kami ada di sisi mereka, " ujarnya.


Jelasnya lagi, kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Mertajam, Mohd Saad Ahmad di hospital berkenaan pagi tadi sedikit sebanyak memberikan semangat dan menggangap trajedi itu sebagai satu cubaan untuk menilai ketahanan jiwa.


Sementara itu seorang mangsa, Zawawi Yahya menceritakan, kebanyakan penumpang tertidur ketika kejadian tersebut.


Ujar beliau yang cedera di lutut, siku, paha dan tengkok sebelum terbalik bas terhoyong hayang kemudian melanggar penghadang jalan dan terbalik. Manakala pemandu bas sempat terjun dan melarikan diri.


"Rakan saya memberitahu sebelum terbalik bas terhoyong hayang dan melanggari penghadang jalan kemudian terbalik, "

Derma kilat Pemuda PAS Kawasan Bukit Mertajam diperlukan segara sebanyak RM 10,000.00 untuk pembaiayaan pembedahan rawatan Saudara Razak dan Saudara Wahab yang kritikal di hospital Sungai Buluh .

Minta tindakan segera , kemungkinan besar sekira tidak dibuat pembedahan dalam masa yang terdekat Saudara Razak akan menjadi lumpuh itu adalah maklumat daripada doktor yang merawat beliau . Mereka adalah Unit Amal B.Mertajam untuk bertugas di ISA . Marilah kita memberi sumbangan kadar segera ke akaun Pemuda BIMB- 07016010059732 dan kita doakan mereka selamat .

Jentera PAS bersedia menghadapi Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir berikutan kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia 31 Julai lalu.



Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan, kematian Allahyarham Hamdan sebagai satu kehilangan besar namun perjuangan PAS di Permatang Pasir yang sememangnya kubu kuat parti itu akan terus dipertahankan.

Katanya lagi, jentera parti akan digerakkan bermula esok.

" Kita telah bersedia untuk menghadapi satu 1 lagi pilihanraya kecil Permatang Pasir. PAS bersedia untuk satu lagi pilihanraya kecil"

Ditanya media sama ada PAS bimbang akan menghadapi tentangan hebat di Pilihanraya Kecil N11 nanti, Salahuddin berkata PAS akan bekerja lebih kuat memastikan parti itu mengekalkan kerusi mereka di Permatang Pasir.

Sebelum ini PAS meraih kemenangan di Pilihanraya Kecil Manek Urai dengan 5,348 undi.

Allayarham Hamdan meninggal dunia di Institut Jantung Negara kerana sakit jantung. Hamdan mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal dan merupakan satu-satunya Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Pulau Pinang.

"Saya bagi pihak PAS dan seluruh pimpinan mengucapkan takziah kepada Allahyarham ADUN Permatang Pasir"

Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir akan diadakan bergantung kepada tarikh yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Abang Mat ke Permatang Pasir?


Nama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hj Mohammad Sabu disebut-sebut sebagai calon poular untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir tidak lama lagi. Nama lain yang turut disebut-sebut ialah Ustaz Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

DUN Permatang Pasir kosong apabila wakil rakyatnya Datuk Hamdan Abdul Rahmat pulang ke rahmatullah di Institut Jantung Negara jam 6.15 pagi. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan petang tadi selepas Asar di kampungnya di Permatang Pasir Pulau Pinang.

Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an.

Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man.

Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.

Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999.

Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.

Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Dengan kematian Hamdan, bermakna SPR akan mengadakan satu pilihan raya kecil di situ dalam masa 60 hari dari sekarang.

Dalam pada itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu daripada Speaker (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

“Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini danselepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN berkenaan,” katanya ketikadihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu Abdul Halim berkata beliau masih menunggu sijil kematian Mohd Hamdan sebelum menyerahkan surat makluman kekosongan DUN Permatang Pasir kepada SPR Pulau Pinang. Beliau berkata Dewan Undangan Negeri akan bersidang selama dua hari mulai 10 Ogos ini dan Allahyarham sudah mengemukan beberapa soalan bertulis untuk sesi kali ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan bahawa parti itu akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, satu tindakan yang bertentangan dengan sikap mereka sewaktu memboikot pilihanraya kecil Penanti yang menganggap pilihanraya kecil tersebut sebagai membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit.