02 Ogos 2009

Jentera PAS bersedia menghadapi Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir berikutan kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia 31 Julai lalu.



Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan, kematian Allahyarham Hamdan sebagai satu kehilangan besar namun perjuangan PAS di Permatang Pasir yang sememangnya kubu kuat parti itu akan terus dipertahankan.

Katanya lagi, jentera parti akan digerakkan bermula esok.

" Kita telah bersedia untuk menghadapi satu 1 lagi pilihanraya kecil Permatang Pasir. PAS bersedia untuk satu lagi pilihanraya kecil"

Ditanya media sama ada PAS bimbang akan menghadapi tentangan hebat di Pilihanraya Kecil N11 nanti, Salahuddin berkata PAS akan bekerja lebih kuat memastikan parti itu mengekalkan kerusi mereka di Permatang Pasir.

Sebelum ini PAS meraih kemenangan di Pilihanraya Kecil Manek Urai dengan 5,348 undi.

Allayarham Hamdan meninggal dunia di Institut Jantung Negara kerana sakit jantung. Hamdan mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal dan merupakan satu-satunya Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Pulau Pinang.

"Saya bagi pihak PAS dan seluruh pimpinan mengucapkan takziah kepada Allahyarham ADUN Permatang Pasir"

Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir akan diadakan bergantung kepada tarikh yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan